Rawat kudis buta bukan sekadar ubat, wajib bersihkan seluruh rumah!

Dari Penulis

Kudis buta, antara penyakit yang cukup mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak, namun masih ramai yang ambil mudah. Jelas Dr Anayasmin Azmi, kudis buta berjangkit melalui sentuhan atau perkongsian alatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Ia merebak disebabkan oleh hama yang hidup di bawah kulit.

Menurut Pakar Pediatrik ini lagi, untuk merawat kudis buta, hama di bawah kulit wajib dihapuskan terlebih dahulu dengan ubat anti-kudis buta, ‘permethrin’ dan disapukan di seluruh badan semalaman. Dan kemudian seluruh bahagian rumah wajib dibersihkan termasuk merendam cadar dan sarung bantal dengan air panas.

Kudis buta.

“Semasa saya buat kerja sukarelawan (ni sebelum fasa covid)

“Di salah sebuah kampung, nampak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. Saya terpandang tangan seorang kanak-kanak ni. Dia tergaru-garu. Kemudian dia pegang permainan dan rakan-rakan lain turut bermain bersama.

“Saya mendekati, “adik, boleh saya tengok sikit tangan?”

“Dia tunjuk pada saya, Oh, teruk ni. Nampak adik garu-garu, gatalkan?

“Dia angguk. Cuba buka luas jari-jari. Saya nak tengok celah jari. Semua penuh bintik-bintik ruam kudis buta.

“Mak adik ada dirumah? Dia angguk lagi. Saya pun bertemu ibunya. Saya jelaskan pada ibunya itu kudis buta. Seperti dijangka, si ibu dan ahli keluarga lain turut ada jangkitan sama. Teruk berkudis semuanya.

“Saya explained sikit pada mereka. Syukur keluarga ini sangat baik mendengar dan mereka mahu tahu bagaimana nak rawat sebab mereka sampai tak boleh tidur malam.

“Kudis buta ni berjangkit dengan sentuhan atau berkongsi alatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Mungkin seseorang dalam keluarga ni dah dapat, dan ia merebak.

“Ia disebabkan oleh hama yang hidup di bawah kulit. Bila kita pegang benda lain, hama itu tertinggal disitu, kemudian individu lain pula pegang, maka ia merebak.

“Nak rawat, kena bunuh hama bawah kulit kita.Dengan ubat anti-kudis buta Untuk kanak-kanak kita panggil ‘permethrin’. Kena sapu seluruh badan, biar semalaman.

“Tak cukup dengan tu saja, kita perlu cabut cadar, sarung bantal. Basuh dalam air panas, jemur tilam, jemur permaidani, bersihkan seluruh rumah, baru rawatan berjaya. Memang leceh tapi perlu buat.

“Kudis buta ni sangat tak selesa dan bila garu kulit jadi luka. Kuman boleh masuk dan sebabkan jangkitan yang lebih buruk..Haa, gambar tulah rupa hama scabies yang merayap bawah kulit. #kesihatankanakkanak.”

Sumber : Anayasmin Azmi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This