Pening? Kalaulah Tun Daim berjaya nasihat Menteri PH dulu..

Dari Penulis

Tun Daim Zainuddin dikenali sebagai seorang hartawan. Tak ramai Melayu mampu mencapai tahap beliau.

Jika ada pun mungkin Ismeth Ulam Raja yang punya banyak harta di luar negara, dari Uzbekistan sehinggalah Isketambola.

Tetapi Ismeth Ulam Raja cuma watak fiksyen dalam Tiga Abdul – rekaan Tan Sri P. Ramlee.

Kejayaan Daim pula adalah realiti. Bahkan beliau antara segelintir tokoh korporat yang berjaya dalam dunia politik dan pentadbiran.

Sebab itu, jika ada temu bual media, beliau bukan hanya dirujuk soal bisnes tetapi juga isu semasa.

Setelah agak lama sepi apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang Februari 2020, Daim kembali menjadi tajuk berita.

Dan sekali lagi, Daim pandai bermain dengan akronim. Satu bakat terpendam beliau – teringat pada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kisah lama

Dulu beliau ambil akronim GST, katanya itu merujuk ‘Gomen Suka Tipu’.

Kali ini akronim SOP pula, katanya itu merujuk ‘Semua Orang Pening’.

Baca artikel berkaitan: Covid-19: Daim anggap banyak keputusan kerajaan tak masuk akal

Namun Daim lupa yang Bank Dunia pun pening dengan tindakan Kerajaan PH dan Majlis Penasihat diterajui beliau memansuhkan GST.

Bukan hanya cukai itu dilaksanakan di hampir semua negara di seluruh dunia bahkan Malaysia negara pertama gantikan GST dengan SST.

Justeru, apabila Daim bersuara mengenai dasar negara, ramai teringat apa pencapaian beliau ketika jadi penasihat utama kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang nampak geng SST ini seperti ‘Slow-Slow Tipu’ atau ‘Saya Suka Tipu’.

GST diganti, harga barang tetap naik dan malang lagi pendapatan negara berkurang. Potong sana sini, siap kena ikat perut, Petronas jadi sasaran.

Lebih sukar dihadam lagi, cadangan GST timbul sejak dekad 80-an dan 90-an lagi ketika Daim serta penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perbendaharaan.

Kisah baru

Tapi tak apalah, itu semua kisah lama. Cuma pengundi kena ambil iktibar supaya tak mudah terbuai dengan khayalan indah orang politik.

Oleh itu, bukan menidakkan pandangan Daim kali ini, mana yang wajar ambillah tegurannya itu walau pun beliau sendiri macam gagal nasihatkan Kerajaan PH.

Tetapi selanjutnya apa pilihan Tun Daim Zainuddin? Nak kembalikan Dr Mahathir dan sekutunya iaitu DAP, Amanah dan PKR jadi kerajaan?

Itu lagi pening.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This