Kita Cafe berkongsi rezeki, beri bantuan makanan dan barangan keperluan percuma

Dari Penulis


MENYEDARI kesusahan masyarakat ketika pandemik COVID-19 ini, sepasang suami isteri yang juga pemilik Kita Cafe di Seksyen 13 Shah Alam ini mengambil inisiatif mengedarkan makanan serta barangan keperluan percuma kepda golongan yang memerlukan.

Nur Syahira hamidee, 28, bersama suaminya, Muhammad Adham Abd Holif, 28, mendapat idea tersebut bermula pada Julai tahun lalu, selepas gelombang pertama wabak COVID-19 melanda negara.

kita cafe
Nur Syahira Hamidee bersama , Muhammad Adham Abd Holif,28, menyerahkan pek makanan dan minuman kepada orang ramai secara percuma dalam usaha membantu golongan yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kita Cafe, Seksyen 13, Shah Alam. – GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pada mulanya, bila makanan di kafe tidak habis dijual kerana kekurangan pelanggan, jadi nasi putih yang masih elok tu saya buat nasi goreng dan kemudiannya dipek dan edarkan kepada pengawal-pengawal keselamatan di sekitar kawasan kediaman Seksyen 13 Shah Alam,” katanya kepada UtusanTV di Shah Alam, baru-baru ini. 

Katanya, apabila mendapat sambutan, kerja amal itu diteruskan sehingga hari ini.

BERITA BERKAITAN Yayasan Bank Rakyat bantu 500 pelajar di Rantau Panjang

“Sekarang ni setiap hari, saya minta tukang masak di restoran saya untuk masak nasi putih lebih dan menggoreng dengan pelbagai menu seperti nasi ayam goreng berempah, nasi goreng telur mata dan nasi goreng tomyam untuk diberikan secara percuma kepada golongan yang memerlukan dengan menu berlainan setiap hari.

“Selama kami memberikan makanan, minuman dan barangan keperluan percuma kepada orang ramai, kami tidak pernah rasa rugi malah rezeki kedai kami makin bertambah dan jualan kami pun bertambah,” tambahnya.

Nur Syahira Hamidee,28, bersama suaminya, Muhammad Adham Abd Holif,28, membungkus pek makanan dan minuman sebelum diedarkan kepada orang ramai secara percuma dalam usaha membantu golongan yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kita Cafe, Seksyen 13, Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Nur Syahira berkata, golongan sasaran bantuan adalah golongan-golongan asnaf, mereka yang tiada pekerjaan, penghantar makanan, pelajar-pelajar serta mereka yang benar-benar memerlukan dari segi makanan dan barangan keperluan.

Ditanya, apakah yang menyebabkan mereka terfikir untuk membuat kerja amal itu secara berterusan? Nur Syahira berkongsi pengalaman.

“Kami juga pernah susah sebelum ini, pernah juga tak cukup makan, nak beli barang keperluan pun tak cukup, inilah yang memotivasikan kami untuk membantu orang ramai yang sedang susah ketika COVID-19 melanda negara serta dunia,” katanya.

Menurut pasangan itu, makanan-makanan tersebut diedarkan setiap hari kecuali hari Khamis, dari pukul 12 tengah hari hingga 9.30 malam dan mereka yang memerlukan boleh datang ke kafe itu yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

“Selain makanan, kami juga ada menyediakan barangan-barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak, biskut dan lain-lain lagi.

“Dengan bertemakan #kitacafebantu, kami berharap agar usaha yang kami lakukan ini, dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan,” katanya. – UtusanTV 

Ikuti pelbagai berita dan artikel terkini di FacebookTwitter dan Instragram UtusanTV.com.

Nur Syahira Hamidee bersama suaminya, Muhammad Adham Abd Holif di Kita Cafe, Seksyen 13, Shah Alam. – GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya akan buat pengumuman penting 27 Jun ini’ – Puad Zarkashi

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan akan membuat satu pengumuman penting pada...

More Articles Like This