Sugarbook berani atau kebal?

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Seperti dijangkakan, tidak sampai 24 jam laman web Sugarbook disekat pihak berkuasa, pengendalinya licik menukar alamatnya ke sucrebook.com bagi membolehkan penggunanya terus mengakses web berkenaan yang didapati menjadi platform bagi peneman sosial menjuruskan kepada aktiviti seks.

Lebih berani, meskipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, aplikasi bagi laman web itu yang dimuat turun ke gajet dan telefon pintar masih turut dikesan aktif.

Hasil penelitian UtusanTV, pengendali Sugarbook berkemungkinan terpaksa berbuat demikian berikutan khuatir akan timbul isu memandangkan ramai dalam kalangan penggunanya di negara ini sudah menaik taraf pakej mereka kepada berbayar.

Bayarannya pula didapati agak tinggi iaitu pada kadar USD49.99 (RM201) sebulan di mana ia membolehkan pemilik akaun boleh berinteraksi dengan pengguna lain di laman web berkenaan berbanding pakej tidak berbayar yang sekadar boleh melayarinya.

Bagaimanapun, persoalannya, mengapa pengendali laman web ini sungguh berani atau kebal meskipun pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyatakan laman sesawang itu dihalang di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 selain pihak polis juga telah memaklumkan akan menjalankan siasatan.

Sebelum ini, ramai pihak tampil menentang kewujudan laman web Sugarbook yang dikesan menjadi platform kepada orang ramai khususnya wanita muda yang menjaja diri untuk dijadikan perempuan simpanan kepada pengguna lain di dalam web berkenaan.

Bukan itu sahaja, Sugarbook juga menawarkan khidmat untuk wanita berusia untuk mencari teman lelaki khususnya dalam kalangan pemuda bagi dijadikan `anak ikan’.

Namun agak pelik apabila iklan dalam Sugarbook menafikan bahawa ia bukan sebagai ruangan yang mengalakkan aktiviti seks berbayar sebaliknya platform untuk bertemu pasangan yang dibalas dengan kemewahan oleh lelaki atau wanita berusia yang kaya.

Di mana datang logiknya, jika mana-mana orang berharta itu membelikan hadiah dan memberikan kemewahan ataupn menaja kehidupan kepada seseorang yang tidak dikenali tanpa sebarang balasan.

Lebih membimbangkan, sebuah portal melaporkan Malaysia menjadi ‘sarang’ kepada 42,500 sugar daddy ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250).

Dalam pada itu, Sugarbook dalam kenyataan turut menyatakan berlaku meningkatan 40 peratus penuntut universiti mendaftar untuk menjadi Sugarbaby sejak Januari lalu.
Platform itu turut mendedahkan statistik dan perincian 10 institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk dua awam yang membabitkan 12,705 penuntut terlibat dalam kancah tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan sangkal dakwaan gagal tangani peningkatan hutang secara berkesan

KERAJAAN MADANI tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa isu kewangan negara dan peningkatan hutang gagal ditangani secara berkesan. Sebaliknya tegas Kementerian...

More Articles Like This