Berani ganti RM10,000, jika pelanggan terima G-Shock tiruan – Ali Baba

Dari Penulis

“JIKA anda terima G-shock tiruan, kami akan ganti dengan wang tunai RM10,000.”

Itulah jaminan diberikan kepada mana-mana pelanggan sekiranya set atau unit jam tangan G-Shock dibeli daripada Alibaba Fashion Mall (Alibaba) didapati tiruan.

Pelbagai jenis jam tangan jenama G-Shock yang dijual oleh Ali Baba Fashion Mall dijamin tulen serta diperoleh dari pembekal G Shock yang sah. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut Pengasas Alibaba, Soo Chu Yew, 28, atau lebih popular dengan panggilan Ah Bee, jaminan itu membuktikan bahawa pihaknya langsung tidak manawarkan atau menjual set tiruan kepada orang ramai.

“Sebab itu saya berani beri jaminan kepada mana-mana orang yang menerima unit G-Shock tiruan atau klon dari Alibaba, kami bayar RM10,000 sebagai ganti rugi.

“Jaminan ini juga bukti kami jujur dan telus dalam menjalankan perniagaan, dan sebab ini juga semakin hari semakin ramai yang yakin dengan kami,” katanya ketika ditemui Utusan TV di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ah Bee memberitahu, jaminan itu juga penting memandangkan banyak pihak turut menjual jam klon berjenama berkenaan.

BERITA BERKAITAN: Ah Bee kongsi rahsia jualan G-Shock meletup 500 utas sehari

Ah Bee memberi jaminan jam tangan yang dijualnya adalah tulen dan diperolehidari pembekal sah G-Shock. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Tidak dinafikan banyak set klon di luar sana, itu merupakan salah satu cabaran bagi kami.

“Namun kita tidak takut kerana kita tahu semua stok kami peroleh adalah daripada pembekal sah G-Shock,” ujarnya.

Pelbagai jenis jam tangan jenama G-Shock yang dijual oleh Ali Baba Fashion Mall. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ditanya bagaimana untuk mengenal pasti sama ada G-Shock itu tulen atau tiruan, Ah berkata, ia amat mudah berikutan sehingga hari ini, tiada mana-mana pengeluar produk tiruan itu mampu menghasilkan set yang benar-benar 100 peratus menyerupai model asli.

“Jika anda tidak mahir, memang agak sukar, saya pun begitu pada awal dahulu, tetapi sekarang sekali pandang sudah tahu itu set klon atau asli.

“Kita boleh lihat dari segi talinya, paparan atau dial jam itu sudah cukup boleh kenal pasti sama ada ia tulen ataupun tiruan,” katanya. – UtusanTV

Sebahagian daripada jam tangan jenama G-Shock yang dijual oleh Ali Baba Fashion Mall. GAMBAR: Abd Razak Aid
Jam jenama G-Shock mendapat sambutan dari kalangan generasi muda dan juga berumur yang gemarkan fesyen. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This