zarina anjoulie

SEJAK mengumumkan dirinya sudah bercerai pada akhir bulan Januari lalu, pelakon Zarina Anjoulie nampaknya sudah mula terbuka untuk bercerita tentang punca perpisahannya dengan bekas suami.

Dedah Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, perkahwinan keduanya besama Eilyas Azhar itu dilakukan dalam keadaan drastik dan terburu-buru.

Malah kata pelakon Anak Pontianak itu lagi, bekas suaminya itu turut kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih sewaktu mereka masih lagi sah sebagai suami dan isteri.

Walau bagaimanapun, dia menafikan perkara itu merupakan punca perpisahan mereka terjadi.

“Ini bukan sebab kami bercerai, ada sebab lain. Kami berdua kena perbetulkan diri masing-masing kerana kami kahwin terlalu cepat.

“Saya fikir keputusan untuk berkahwin dibuat dalam keadaan yang terlalu cepat dan akhirnya pilihan kami itu salah,” katanya ketika menjadi tetamu Geng Pagi Hot di konti Hot FM, pagi tadi.

zarina anjoulie
Zarina menganggap perkahwinan keduanya adalah satu kesilapan

Dalam pada itu, Zarina,34, tetap mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dan dia kini mahu fokus terhadap diri, kerjaya dan keluarga.

“Hanya kerana saya tak bahagia, ia tidak bermaksud saya kena lihat orang lain tak bahagia… betul tak?

“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan semoga berbahagia dengan bekas kekasihnya.

“Saya kini kembali fokus dengan kerjaya,” ujarnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam DAerah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun bergelar ibu tunggal.