“Dulu solat yang wajib pun ‘rongak’…apatah lagi sunat…” – Syatilla Melvin mengaku tak pernah solat Dhuha

Dari Penulis

PELAKON Syatilla Melvin,30, membuat pendedahan apabila dirinya tidak pernah menunaikan solat sunat Dhuha sepanjang hidupnya menerusi entri yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Pada awalnya, dia berasa agak ragu-ragu untuk bercerita tentang hal tersebut kerana bimbang akan teruk dikecam netizen, namun dia membuang egonya dan tetap berkongsi pengalaman tersebut kepada semua sebagai pedoman.

Menurut Syatilla yang merupakan isteri kepada aktor Shaheizy Sam, baru kini dia terdetik untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan menunaikan solat sunat Dhuha.

“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi saya percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat saya hari ini. Dulu solat yang wajib pun rongak, apatah lagi yang sunat.

“Segan dan malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang ‘cop’ kita bukan-bukan.

“Tapi bila fikir balik, kenapa tak aku kongsikan saja benda ini. Mana tahu bila pengikut yang baca ini tiba-tiba terbuka hati nak buat juga ke kan? Pasti ramai yang tengah berlawan dengan ego diri sendiri sekarang ini. Sama macam Tilla!

“Jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi itu kita ada peluang.” katanya.

Syatilla selagi sedaya upaya akan terus melakukan solat Dhuha

Dedah Syatilla lagi, sewaktu pertama kali dia ingin belajar untuk melaksanakan solat Dhuha melalui pencarian di Youtube.

“Sebab tak pernah buat solat Dhuha ini dulu, jadi cara nak niat pun kena Google tengok Youtube. Malu dengan diri sendiri, Tuhan saja tahu.

“Tapi bila dah mua buat, rasa sayangnya nak tinggalkan. Rasa maam keperluan pula! Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tahu.

Insya-Allah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. Tolong doakan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN:

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This