Nia Ramadhani tak biasa naik pesawat kelas ekonomi – “Saya dari dulu lahir memang kaya…”

Dari Penulis

KAKI drama sinetron pasti pernah menonton Bawang Merah Bawang Putih yang pernah ditayangkan di televisyen suatu ketika dahulu.

Sudah tentu penonton drama kegemaran ramai ini mengenali barisan pelakon yang pernah mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan pelakon jelita bernama Nia Ramadhani nan satu ini.

Setiap apa sahaja yang dilakukan di media sosial, pasti ibu kepada tiga cahaya mata ini akan menjadi sorotan.

nia ramadhani family
Nia Ramadhani bersama keluarganya

Terbaharu nama Nia, 31, kembali hangat apabila dia mengaku tidak pernah menaiki pesawat kelas ekonomi seumur hidupnya.

Video berdurasi 26 saat dikongsikan oleh pembantunya, Prita Aunalal di laman sosial Instagram.

Menerusi video tersebut, Nia memberitahu dia sememangnya sudah dilahirkan kaya dan tidak pernah menaiki kapal terbang kelas ekonomi.

Kehidupan Nia atau nama penuhnya Prianti Nur Ramadhani yang berkahwin dengan seorang ahli perniagaan ternama Indonesia, Anindra Ardiansyah Bakrie sentiasa dilimpahi dengan kemewahan dan kekayaan.

nia ramadhani
Nia Ramadhani sering menjadi perhatian kerana gemar mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial

Justeru itu, tidak hairanlah jika dia mampu untuk terbang ke luar negara dengan hanya menaiki jet peribadi.

Ramai netizen memberikan reaksi yang kurang menyenangkan dengan sikap Nia yang sombong dan lupa diri. Pun begitu, ada yang berpendapat video terbabit sekadar gurauan dan mungkin Nia tidak bermaksud demikian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This