Resipi donut anti-gagal ini memang cukup sesuai bagi mereka yang tiada kemahiran membuat kuih.
Caranya cukup mudah, hanya dua bahan sahaja diperlukan. Malah tak perlu menunggu sehingga yis kembang. Lima minit sudah siap. Seronok kan?
Bahan :
140 gm Tepung naik sendiri
190 gm Plain yogurt
Cara :
Gunakan yogurt dan tepung naik sendiri. Kalau tiada tepung naik sendiri, boleh guna tepung biasa+baking powder. Tepung 1 cawan+ 2 sudu kecil baking powder.Campurkan dua bahan dan gaul.Doh akan jadi seperti ini. Masukkan ke dalam piping bag. Doh lembik sedikit sebab itu kena masukkan ke dalam piping bag.Dah siap isi di dalam piping bag.Potong piping bag agak-agak sebesar duit syiling, jangan besar sangat, nanti tak sempat kawal dan tak jadi bulat.Ok sudah boleh digoreng. Pastikan api betul-betul panas dan gunakan api sederhana kecil. Jangan gunakan api besar, nanti bahagian dalam tidak masak.Dah siap goreng, toskan sekejap dan salut dengan gula kastor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’