Sumbang van jadikan ambulans, Altimet kejar saham akhirat!

Dari Penulis

DEMI sifat kemanusiaan dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan, komposer Altimet telah berganding bahu dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre (ONC) dengan menyediakan perkhidmatan sebuah ambulans.

Dedah Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, dia telah memberikan van milik syarikatnya untuk diubah suai menjadi sebuah ambulans.

“Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai can sahaja menelan belanja hampir enam angka, tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000.

“Saya menyerahkan van syarikat untuk diubah suai oleh ONC menjadi sebuah ambulans.

“Maka termeterailah kerjasama antara ONC dan Altimet yang mana saya sediakan van, pihak ONC melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai serta membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans,” katanya.

Penyanyi lagu Kalau Aku Kaya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan wang ringgit kepada usaha mereka.

“Terima kasih kepada semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans.

“Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka apatah lagi apabila digunakan oleh golongan mustadh’afeen yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

Tambah Altimet,43, mereka masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bernilai RM35,000 bagi membolehkan misi murni ini dijayakan.

“Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini.

“Ayuh derma, pahala berganda!,” ungkapnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This