TAHNIAH! Kes baharu menjunam lagi kepada 1,555 penularan

0
100
kes baru

KES baharu COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan angka di bawah 2,000 dengan 1,555 penularan dikesan di seluruh negara, selepas mencatatkan 1,828 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 304,135 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu yang dikesan hari ini, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,552 tempatan.

BERITA BERKAITAN: 1,828 kes baharu, Johor pula tertinggi

“Ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 24,563 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak enam kematiah direkodkan hari ini, dengan jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik ini meningkat kepada 1,141 kematian.

Daripada enam kematian itu, lima adalah warga tempatan dan seorang bukan warganegara.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 204 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 672 kes, diikuti Johor 163 kes dan Sarawak 159 kes, katanya.

Sementara itu, beliau berkata tujuh kluster baharu dikesan hari ini dengan enam membabitkan penularan di tempat kerja manakala satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah di Taman Alam (Selangor), Sementa 27 (Selangor), Jalan Mawar (Selangor), Jalan DBP Enam (Johor), Jalan Cyber Satu (Johor), Persiaran Bayan Indah (Pulau Pinang) dan satu kumpulan berisiko tinggi di Jalan Bukit Blossoms, Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini ialah 1,152 dengan 489 kluster aktif.

Katanya enam kluster diisytihar tamat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang tamat ialah 663.

Enam kluster yang diisytihar tamat hari ini ialah Kluster Jalan Kluang; Kluster Taman Sejahtera; Kluster Jalan Labuk; Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah dan Kluster Jalan Mega.

Status Terkini COVID19 (2 Mac 2021)

Kes sembuh=2,528
Jumlah kes sembuh=278,431 kes

Kes baharu positif=1,555 kes (1,552 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=304,135

Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=1,141 kes

Kes dirawat di ICU=204 kes
Bantuan Alat Pernafasan=96

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram