Empat negeri PKP ditukar ke PKPB, rentas daerah dibenarkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Empat negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, lima negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak pula kekal berada di bawah PKPB.

Pada masa sama, beliau memberitahu, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar daripada PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) manakala Perlis terus diletakkan dalam PKPP.

Ismail Sabri berkata, ia ekoran penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend penurunan dengan kadar kebolehjangkitan (RT) atau nilai R-naught (R0) menurun daripada 1.2 kepada 0.8.

“Selain daripada itu, kes kluster dan sporadik serta kes dalam komuniti juga didapati telah menurun.

“Oleh itu, di atas cadangan serta penilaian risiko oleh KKM, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan seperti yang diumumkan.

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac kecuali Sarawak bermula hari ini sehingga 15 Mac,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPD di empat Felda, PKP di Nabawan

Lagi asrama pekerja dikenakan PKPD di Perak – Ismail Sabri

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan Sidang Khas MKN bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri seluruh negara kecuali Sabah mulai 5 Mac ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Bagi negeri Sabah, kerajaan negeri memohon agar sekatan rentas daerah dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

“Kita faham Sabah merupakan negeri besar yang mana satu daerah mereka pun lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung.

“Sebagai contoh, daerah Kinabatangan sebesar negeri Pahang dan atas sebab itu Kerajaan Negeri Sabah meminta untuk ditangguhkan selama dua minggu,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This