Kemalangan SUKE: Pemandu treler disahkan positif dadah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMANDU treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan dua maut, semalam didapati positif dadah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu treler berusia 40 tahun itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Pemandu berasal dari Perak itu tidak mengalami sebarang kecederaan didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan beberapa portal berita.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Jejambat runtuh dilanggar lori, dua maut, tiga terselamat

Tambah Zulkefly, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki.

Beliau berkata, ia sekali gus menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2 sebelum menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

“Semasa kejadian, van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1,” katanya.

Zulkefly berkata, dua wanita iaitu Nurina Edwin Abdullah, 47 dan Norhayati Abdullah, 42 meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

“Pemandu van kilang, Muhd. Fairus Mohd. Yusof, 47, mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman.

“Dua lagi penumpang van iaitu Zaitun Zainal, 54, cedera kaki sebelah kiri manakala Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri,” jelas beliau.

Semalam, jejambat projek SUKE di Desa Tun Razak dilaporkan runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit menyebabkan dua disahkan maut manakala tiga lagi selamat selepas van mereka naiki dihempap runtuhan binaan berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 5.58 petang dan terus menghantar jentera ke tempat kejadian.

Kejadian runtuhan tersebut mengakibatkan laluan dari arah Bandar Tasik Selatan menuju ke Ampang mengalami kesesakan teruk.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This