Rahsia dapatkan bawang putih yang rangup dan tak hangus

Dari Penulis

Bawang putih, bukan sekadar penambah perasa dalam masakan namun punya banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan.

Dan bawang putih goreng antara solusi terbaik untuk diamalkan kerana selain rasanya yang sedap, ia juga boleh dijadikan kudapan.

Namun untuk mendapatkan kualiti dan rasa terbaik, cara penyediaannya harus dititikberatkan.

Terima kasih Masfaliza Ab Jaafer atas perkongsian tip dan rahsia penyediaan bawang putih yang rangup.

  1. Sebelum menggoreng, pastikan menggunakan minyak yang banyak dan betul-betul panas. Gunakan api yang besar supaya bawang masak sekata dan cantik. Apabila hampir masak, kecilkan api sedikit agar bawang tidak hangus.
  2. Bawang putih yang sudah masak akan timbul dan berwarna keemasan. Cepat-cepat tutupkan api dan angkat menggunakan penapis besi. Jika gunakan sudip biasa, bawang putih akan hangus dan rasa pahit.
  3. Akhir sekali, rahsia yang wajib dipatuhi ialah dilarang bermain telefon pintar dan bergosip. Gerenti bawang akan hangus. Kalau nak menyediakan bawang putih rangup ini, memang tidak boleh buat kerja lain kerana ia memerlukan sepenuh perhatian.

Sumber : Masfaliza Ab Jaafer


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This