Bawang Putih Penawar Batuk Berpanjangan Dan Mengurangkan Penyempitan Kolesterol Pada Salur Darah.

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Khasiat bawang putih sememangnya diakui sangat baik untuk kesihatan badan manusia. Ia membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan sebagai antibiotik dalam tubuh manusia. Sebab itu masyarakat di China dan Korea, mengamalkan bawang putih mentah hampir setiap hari dalam kehidupan mereka. Bagi mereka yang menghadapi batuk yang berpanjangan, bolehlah cuba cara ini :

PENAWAR BATUK

BAHAN-BAHAN

2 ulas bawang putih

2 sudu besar madu

CARA PENYEDIAAN :

Bawang putih ditumbuk sehingga halus. Kemudian dicampurkan dengan madu. Ambil satu sudu besar setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam sehingga batuk berkurangan. Lakukan sehingga lega rasa batuk.

Selain itu, bawang putih ini juga sangat baik untuk melindungi diri kita dari serangan jantung, mengawal darah tinggi, melindungi dari kanser dan mengurangkan penyempitan kolesterol pada salur darah. Bagi mereka yang mengalami kebas-kebas jari kaki atau tangan, pening kepala serta sentiasa merasa letih, boleh amalkan petua ini untuk mengurangkan kolesterol.

MENGURANGKAN KOLESTEROL

BAHAN-BAHAN

5 ulas bawang putih

4 cm halia

3 sudu besar madu

CARA PENYEDIAAN:

Bawang putih ditumbuk sehingga halus. Boleh juga dikisar kering tanpa air. Kemudian satukan dengan madu. Ambil satu sudu besar, setiap bangun pagi dan sebelum tidur. Amalkan setiap hari, dan rasai perubahannya. Badan akan terasa ringan, aliran darah akan lancar akibat pemecahan kolesterol. Sebaiknya jadikan bawang putih ini sebagai ulaman, untuk kesihatan badan yang berpanjangan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This