Musim wabak ini, sebaiknya kita lebih menjaga kesihatan. Selain bersukan, gaya pemakanan turut mempengaruhi ketahanan tubuh badan.
Dan antara yang boleh diamalkan ialah bawang putih yang cukup bermanfaat sebagai anti bakteria dan sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung. Selalunya bawang putih dimakan mentah bagi optimumkan khasiatnya, namun untuk lebih enak dimakan, jadikannya sebagai kudapan.
Caranya menyediakannya cukup mudah, jom ikuti perkongsian Masfaliza Ab Jaafer, resipi Garlic Crispy.
Bahan : Minyak masak Bawang putih Ikan bilis Garam Serbuk perasa jenama Hilal Penyagat brand Tupperware
Cara :
Relaikan bawang putih dan rendam selama 20 hingga 30 minit untuk memudahkan proses buang kulit bawang nanti.Pilih bawang yang besar-besar, senang kerja dan hasilnya nanti gerenti puas hati.Sagat gunakan speedy mando brand Tupperware.Rendam dengan garam halus selama 15-20 minit dan diramas manja untuk buangkan rasa maung bawang putih.Bilas dengan air paip selama tiga kali. Selepas itu, letakkan dalam jaring yang berluang halus untuk buangkan lebihan air tadi. Jemur seketika. Tidak perlu tunggu sehingga betul-betul kering. Memadai air itu sudah kering sahaja.
Goreng dengan minyak yang banyak dan panas. Api kena besar dan apabila sudah hampir masak, kecilkan api. Apabila bawang sudah bertukar warna keemasan, segera angkat. Jangan tunggu sampai warna bawang menjadi coklat sebab nanti bawang akan jadi pahit.Sejukkan di dalam dulang. Apabila sudah sejuk, nanti bawang akan terlerai sendiri. Jangan cuba untuk relaikan bawang semasa tengah panas. Bawang akan menjadi hancur. Kemudian taburkan sedikit serbuk perasa hilal untuk rasa yang lebih sedap. Tak letak pun tak ada masalah.Gorengkan ikan bilis. Apabila sudah sejuk, gaulkan bersama bawang putih tadiApabila sudah betul-betul sejuk, boleh campurkan dengan ikan bilis tadi dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’