Kerinduan yang tiada penghujung. Menerima pemergian si kecil mengadap Sang Pencipta, bukan mudah. Hakikat yang sukar untuk ditelan. Walau dihujani dengan kata-kata ‘sabar’, namun sejauh mana hati rela melepaskan.
Perkongsian Sharmila Sha Ismail cukup meruntun hati apabila anaknya, Nur Aida Izzati meninggal dunia akibat kanser saraf tunjang pada usia 6 tahun.
Lebih merentap rasa, arwah dijemput Ilahi enam hari sebelum sempat menyambut hari lahir ke-7. Dan tahlil hari ke-7 tepat pada sambutan ulangtahunnya.
Jelas Sharmila kepada UtusanTV, ketumbuhan disedari pada penghujung tahun 2019, walaupun berjaya dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan kali pertama, namun jangkitan yang berlaku menyebabkannya semakin melarat sehingga pakar mengesahkan tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan.
“Dari hujung tahun 2019 kami sudah tahu yang dia ada ketumbuhan. Kami postpone untuk operation dia. sampailah bulan 3 tahun lepas bila dia dimasukkan ke wad sebab demam. Doktor bagi appoinment ke hwkkkl. Sehinggalah pertengahan bulan 8, tumor tu membengkak. Bermulalah episod duka, pembedahan kali pertama, doktor bagitahu berjaya buang 100% ketumbuhan tu.
“Selepas 10 hari luka kat jahitan tu seperti infection. Ditoreh, disuruh balik , lepas 4 Hari warded lagi sebab makin teruk, malam doktor toreh lagi kat luka tu, ambik sampel. Esoknya luka tu jadi keluar tersembul dan bleeding, lepas 20 hari dari pembedahan pertama, pembedahan lagi kali kedua. Tempat yang sama, bahagian belakang sampai tulang ekor. Katanya dah keluarkan darah beku sebesar penumbuk.
“Benda yang sama juga jadi. Luka jahitan tak nak baik. Makin teruk, sentiasa bleeding. Doktor oncology beritahu yang tumor tu adalah kanser. Bedah lagi kali 3. Tapi kali ni doc potong 4 tulang, L2 ke L5. Katanya untuk buang sel-sel kanser kat bahagian dalam.
“Anak dimasukkan ke PHDU selepas pembedahan selama 3 hari. Bacaan darah drop sampai 6 je. Lepas 4 hari luka jahitan jadi teruk, merekah, masuk ot balik, doktor cuci semula, jahit balik. Sehingga hari ke 10. Jahitan mula merekah satu persatu, doktor dah tak tahu nak buat apa. Semua dah buntu. Hanya mampu minta maaf. Doktor beritahu tiada rawatan lagi untuk dia. Hanya cuci dan cuci luka tu. Luka sepanjang 36cm, sebesar dua tapak tangan orang dewasa dibahagian punggung.
“Hanya sempat buat radioterapi satu kali sahaja. Tak ada kesan,” kongsinya.

Ikuti kisah yang cukup emosi ini.
“Selesai sudah majlis tahlil 100 hari untuk arwah anak, Nur Aida Izzati. Tiada lg pengkritik no 1. Kamu la yg selalu puji masakan ma sedap walau ada masanya ma masak tak sedap mana pun. Kamu lah org yang suka menyibuk kat dapur. Kamu la org pertama yg tadah pinggan dulu biarpun makanan belum lagi masak.
“Kini, ma dah tak bersemangat nak masak macam-macam. Makanan utk majlis tahlil kamu juga ma hanya tempah dgn katering. Semua makanan kesukaan kamu. Ayam masak merah, sambal udang daging goreng kunyit.
“Malah kamu pernah mintak ma masakkan ayam masak merah, nasi putih dan spageti utk sambutan hari lahir kamu yg ke 7. Sayangnya kamu pergi lebih awal 6 hari. Pada tahlil yg ke7 yg juga hari lahir kamu, ma dh tunaikan semua permintaan kamu, kek hari lahir yg kamu nak pn ada.
“Alhamdulillah juga kamu bkesempatan utk balik ke rumah walau cuma utk 2 mlm. Dpt la melepaskn kerinduan pd adik beradik yg lain sblm kamu dijemput Ilahi pd 28.11.2020. Terima kasih utk ahli group yang telah mendoakan kesembuhan buat anak saya.( Post terdahulu) Takdir Allah mengatasi segalanya. Al-Fatihah anakku sayang. Bergembira lah kamu di taman2 syurga.# chordomacancerfighter.Maaf x dpt reply satu persatu. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian.”

Sharmila turut meluahkan rasa hati di ruang komen.
“Sampai ke hari ni tidur malam berbantalkan air mata. Semua kenangan bersama arwah selama lebih 3 bulan diwad saya ingat satu persatu. Semua pesanan dia saya ingat. Dia tak nak saya dan ayahnya jangan sedih-sedih. Arwah memang anak yang kuat melawan sakitnya. Sampai ke akhir hayat dia pun, dia tak mengadu sakit. Sedangkan luka kat belakangnya terlalu parah. Tak sanggup saya nak melihat luka tu. Apalagi demam yang berterusan lebih 2 bulan.”



Sumber : Sharmila Sha Ismail

