Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari & Scha Alyahya – “Tak tidur malam pilih nama anak…”

Dari Penulis

PASANGAN selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya mengumumkan nama bayi perempuan kedua mereka selepas genap sebulan dilahirkan.

Bayi yang diberi nama Layla Amina itu diumumkan oleh Awal dan Scha secara eksklusif dalam rancangan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria semalam (Khamis).

“Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih nama Layla Amina. Sebenarnya kami dah senaraikan dua nama iaitu antara LA dan LY.

“Dua nama inilah yang buatkan saya tak boleh tidur malam. Asalnya Lara mahukan nama Lela yang sudah lama dia pilih sewaktu bayi masih dalam perut lagi.

“Tapi saya dan isteri jatuh hati dengan nama Aminah iaitu sempena nama ibu Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Scha melahirkan Lyla di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Pasangan ini mendirikam rumah tangga pada 4 Mei 2012.

Selain Lyla, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Lara Alana yang berusia tujuh tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This