GV7 saksi cinta Ashira Aziz dan Bad Indigo, kini sah sebagai suami isteri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BEKAS peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad Indigo kini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini (11 Mac 2021).

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Ashira, Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 2.45 petang.

Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,36, menerima sebentuk cincin sebagai tanda mas kahwin, manakala nilai wang hantaran dirahsiakan.

Meskipun majlis pernikahan mereka dilangsungkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu mematuh prosedur operasi standard (SOP), Ashira tetap bersyukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

“Alhamdullilah, syukur saya dan Bad sudah selamat disatukan sebagai suami dan isteri.

“Kami memohon maaf kepada semua termasuk pihak media kerana tidak dapat menjemput ramai orang kerana mematuhi SOP.

“Majlis kami hari ini hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga pasukan produksi GV7,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia gembira kerana dua orang anaknya menerima kehadiran Ashira sebagai ibu tiri mereka.

“Anak-anak sudah mula memanggil Ashira dengan panggilan ‘mom’. Alhamdullilah mereka sangat terbuka, begitu jugalah dengan anak Ashira yang menerima saya dengan baik,” katanya yang turut berharap dikurniakan cahaya mata bersama Ashira.

Ashira dan Bad mengakui rasa cinta antara mereka mula berputik saat menyertai program GV7 pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dulu masing-masing muda… tak dapat kawal dengan otak yang normal…”- Ashira Aziz doa pernikahan kedua berkekalan

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini setelah lama bergelar ibu dan bapa tunggal.

Ashira mempunyai seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Megat Shazril Haziq yang berusia 15 tahun.

Manakal Bad pula yang sudah lama menduda sejak 11 tahun lalu, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan,12 dan Rania,11.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This