Lagu 7 Nasihat antara lagu yang disebut-sebut akan berada dikelompok tiga teratas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Namun, ramalan khalayak ternyata tidak tepat setelah lagu ciptaan Luca Sickta dan Kmy Kymo itu gagal mendapat sebarang tempat dalam saingan anugerah berprestij pada malam Ahad lalu.
Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri menyatakan bahawa kegagalan lagu 7 Nasihat adalah disebabkan kurang kreativiti dan ‘originality’.
URTV dapatkan pandangan Luca dan Kmy tentang hal tersebut. Tonton video untuk mengetahui cerita dua penyanyi rap dan komposer berbakat besar ini.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

