‘Tipu’ penampilan mahu ramai pengikut media sosial

Dari Penulis


HANYA kerana inginkan pengikut media sosial yang ramai, seorang lelaki  separuh abad di Jepun sanggup menyunting ‘wajahnya’ lebih feminin dengan rambut ikal mayang seperti gadis 20-an yang mempunyai minat kepada motosikal berkuasa tinggi.

Helah yang dilakukan pelumba Jepun dikenali sebagai @azusagakuyuki itu terbukti berjaya menarik minat pengikutnya di Twitter yang kini bertambah kepada 17,000 orang dalam tempoh dua tahun.

GADIS cantik pada akaun Twitter @azusagakuyuki rupanya seorang lelaki separuh abad

Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 50 tahun itu mengaku ‘memancing’ peminatnya dengan menggunakan aplikasi FaceApp dan PhotoShop untuk mengubah wajahnya lebih feminin seperti gadis.

Dengan pengubahsuaian wajah itu, @azusagakuyuki yang gemar menunggang motosikal akan berkongsi gambar swafoto bersama motosikalnya dalam akaun media  sosial miliknya.

Dengan rupa paras yang cantik dengan rambut panjang, solekan mata yang mempunyai ciri-ciri gadis cantik berjaya menarik orang ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial.

Bagaimanapun, satu program tempatan di Jepun telah membongkar rahsia sebenar wajah @azusagakuyuki.

Seorang kru program terbabit berjaya mendedahkan gadis itu sebenarnya adalah seorang lelaki usia separuh abad di sebalik rambut ikal mayang berwarna keperangan.


Ironinya, tiada siapa yang akan berminat melihat wajah seorang ‘pak cik’ tua dengan hobi seperti itu.


Tetapi, anehnya, biarpun media sudah melakukan pendedahan tersebut, pakcik ity masih terus aktif berkongsi gambar, dan pengalaman berkonvoi menggunakan wajah si jelita.

Lebih menghairankan, akaun media sosialnya masih menjadi tarikan ramai peminat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This