Biarpun berlainan sifat dan rupa, namun setiap insan dilahirkan sempurna pada pandangan mata ibu bapa.

Anak autisme, biarpun mengalami gangguan perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, namun anugerah Allah, siapa kita untuk menidakkannya.

Dan perkongsian Nor Azlinda Abdul Kader bukti Allah Maha Besar. Kehadiran anaknya, Danish membuktikan anak istimewa juga punya keupayaan untuk beribadah dengan sempurna, malah lebih tekun dan yakin daripada insan normal.

“Nish, bulan puasa dah dekat sayang.”

“Orang pun tak sabau nak puasa Umie.”

“Saya start ajar Danish puasa dari umur dia 7 tahun. Tapi pada masa tu dia tak faham. Tapi saya ajak juga dia puasa. Bila time sahur, saya kejutkan dia. Saya suruh dia makan nasi, dia tak nak. Dia cuma minum Milo dengan buah kurma sahaja.

“Kadang puasanya sampai tengah hari, kadang sampai petang. Tak pernah lagi sampai waktu berbuka pada ketika itu. Bila umur Danish masuk 11 tahun, Danish dah puasa penuh.

“Alhamdulilah dari umur 11 tahun sampai 13 tahun, Danish puasa penuh.

“Pernah ada ketika saya tak sedar waktu sahur, saya cakap kat dia, “Danish larat ke puasa sebab tak sahur?”

“Sekarang ni bulan apa Umie?”

“Bulan puasa lah”

“Kalau bulan puasa kita kena puasa kan?”

“Yea”

“Habis tu kenapa Umie tanya orang larat ke tak larat puasa?”

” Danish mesti puasa sebab ni bulan puasa”.

Saya terdiam seketika..Bila dengar azan masuk waktu berbuka, saya sibuk cari air, cari makanan. Danish bila dengar azan, dia minum air sikit, masuk bilik air terus ambil wuduk kemudian gi solat maghrib.

“Saya cakap, “gi makan dulu Nish.” “Tak boleh, kena solat dulu..kang orang makan.”

“Malu saya dengan Danish. Saya yang normal ni pun tak boleh buat macam dia.. Alhamdulilah.

“Seingat saya sebelum Danish baligh lagi, Danish dah tak tinggal solat. Bunyi je azan dia terus pergi solat.. dia memang tak suka lengah2kan solat. Katanya tak baik.. ustazah kata berdosa.. saya berterima kasih pada ustazah PPKI SKKT yang banyak mengajar Danish mengaji dan ayat2 di dalam solat.

“Kadang dia tengok saya lewat solat, dia akan cakap, ” Umie tak dengar azan ke? Dah azan Umie, dah azan” berkali-kali dia sebut.

“Saya seorang ibu, saya malu dengan teguran anak istimewa saya. Apa yang saya nak buat, semua dia ambil tahu. Saya nak ke mana-mana pun dia tanya. Dia tak suka saya berbual dengan orang lelaki.

“Saya cakap, ” Umie tak sentuh pun orang tu Danish.”

“Yea Umie, tapi orang lain tengok Umie cakap dengan orang lelaki tu. Tak elok Umie.”

“Terdiam saya.. Alhamdulilah.. bila kita redha dengan takdir Allah, inilah habuan yang kita dapat. Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui apa yang termampu oleh hambaNya. Insyaallah. Aamiin.”

Sumber : Nor Azlinda Abdul Kader