“Satu penyesalan yang tak tertanggung dek jiwa” – Ibu ini luah rasa, mahu yang terbaik untuk anak Autism

0
144

Ibu, kehadirannya mampu menggoncang dunia, namun bila tiba soal anak, hatinya serapuh kaca. Tidak tertahan jiwa walau hanya nyamuk menggigit paha si kecil.

Begitulah luahan hati Zai Zairish, terasa lemah dan gagal sebelum menyedari gejala autisme pada anaknya.

Jelas wanita itu, persepsi orang sekeliling yang memandang enteng akan permasalahan si kecil menjadikannya tersepit, ditambah dengan beban kewangan untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti perkongsiannya.

“Assalamualaikum AM.

“Kegagalan awal tahun 2021 yang menjadikan hati seorang ibu terasa lemah dan gagal menjadi seorang ibu yang melindungi.

“Setiap kali saya memandang wajah si bongsu, hati saya jadi pilu. Kesilapan demi kesilapan terlayar di ruang mata. Satu penyesalan yang tak tertanggung dek jiwa…persoalan KENAPA…KENAPA selalu bermain di minda.

“Rujukan pertama ke KK setelah 3 tahun.

“Ayat pertama yang nurse KK soal

“Kenapa Puan tak bawa anak lebih awal utk check up? Kenapa Puan tggu sebegini lama ….Puan tahu tak anak ada masalah??” Ya, kenapa saya tidak bawa awal…itulah penyesalan saya yang pertama.

“Saya marah pada diri saya setiap kali memandang wajah si bongsu. Saya persoalkan kenapa beban rasa ini hanya pada saya seorang..kenapa tidak pada si ayah, kenapa tidak pada ibu saya..kenapa tidak pada ibu mertua saya.

“Saya tak mampu nak luahkan beban rasa ini pada sesiapa.

“Saya marah bila mengenangkan kesilapan kesilapan saya.

“Ibu dan ibu mertua saya mereka orang lama..disinilah bermulanya kesilapan saya.

“Ibu saya

– ‘alahhh , dah anak tu lahir tak cukup bulan..memang laa jadi macam tuuu..tunggu laa dia besar sikit nanti dia pandailah.

– adik hang dulu pun lagu ni jugak aihh, bawa p supermarket dok buat perangai berguling melalak bila tak beli benda dia suka.

-cuba p minta ayaq tawar kat ustaz *****, ramai orang dok bawa p ..anak depa lega(sembuh) buleh dok berlari melompat sakan..

#kisah arwah adik saya tu kisah 40 tahun lepas. tapi itulah kesilapan saya.

“Ibu mertua.

-‘amsyar ni jalan stail ayah dia. Jenis jalan kaki suka jengket.

-hishh tengok tapak kaki, sebab tu suka menangis bila orang ambil barang dia..tapak kaki jenis kedekut tak boleh orang nak tumpang – (bila anak saya trantrum time anak² saudara saya abik barang dia).

– macam mana anak nak berkembang otak, mama dia pun +-&%*”‘::;./”::(ini sebab utama kenapa saya tak bawa anak saya lebih awal untuk terima rawatan)

Ayah.

– bila saya usul kebimbangan perkembangan Izz amsyar, dia suka bertangguh, dia akan tanya pendapat kawan2 dia. Bila kawan dia cakap, tak payah risau..tu normal sebab anak dia pun umur 6 tahun baru pandai bercakap.

~bagi ibu dan ibu mertua saya.. Apa yang Izz Amsyar alami semua tu adalah normal. Bagi si ayah pula…dia lebih mengikut pendapat ibu dan ibu mertua…dulu dia boleh mendengar luahan saya walaupun di penghujung bicara akan timbul masalah…entah laa..tak dapat nak baca fikiran dia macam mana dah! Dia ada seperti tiada! Wujud tapi jauh…!

“Naluri seorang ibu tu kuat. Cumanya dia tak mampu untuk bertindak lebih awal. Terlalu bergantung hidup, tak mampu nak hadap , nak hadapi seorang diri kerana dia tahu poket dia kosong…tapi setiap ujian yang hadir tu..Allah akan hantar jalan penyelesaiannya.

“Alhamdulillah Pengeluaran kwsp i sinar saya benar-benar membuka sejuta harapan buat si kecil saya. Terima kasih atas jasa guru tadika. Sebenarnya selepas permohonan pendaftaran anak saya ditolak atas sebab anak saya mempunyai ciri-ciri autism saya mmg down.

“Dua tempat saya pegi tapi cikgu tetap tak mahu ambil risiko sebab mereka perlu jaga SOP covid. Saya menangis dalam kereta kerana saya tak dapat nak beri anak saya belajar.

“Hari yang sama saya beranikan diri untuk ke KK. Setelah buku biru Izz Amsyar saya serahkan pada nurse , nurse mula melihat keadaan perkembangan Izz Amsyar. Saya masih ingat lagi nama nurse KK yang beri kata semangat untuk saya.

“Nurse Robaishah minta saya cari info, belajar tentang Autism, dia cakap perlu ada pengetahuan. Jangan risau, kita masih ada masa lagi katanya.

“Disinilah bermulanya sebuah perjalanan untuk Izz Amsyar mengecapi kembali keindahan alam kanak-kanak yang selama ini dia tak menikmati. Rujukan ke doktor keluarga , ke doktor pakar. Saya compiuss bila report tulis tro autisme. Apa itu Tro Autism. Jadi untuk dapat lebih details apa itu tro autism saya rujuk pada Puan Pija Ramli sebab saya tahu kepakaran dia dalam semua ini. Terima kasih puan atas segala penerangan.

“Alhamdulillah, akhirnya setelah semua penilaian dibuat selama 3 jam maka inilah jawapannya… ‘Autism Spectrum Disorder -ASD.

Perasaan????

“Entahlah… Gelisah sampai tak dapat nak lelapkan mata semalam. Tapi saya puas.. Puas dapat melakukannya dengan niat lillahi Taala semuanya untuk berikan yang terbaik buat Muhammah Izz Amsyar. In Shaa Allah, saya akan terus dan terus melindungi cinta hati saya dengan kudrat yang Allah pinjamkan pada saya.

“Akhir kata , terima kasih yang tak terhingga buat Autisme Malaysia. Ilmu Tentang Autism banyak saya belajar dari sini.Terima kasih buat Ibubapa Hebat Autisme Malaysia. Halalkan ilmu-ilmu yang saya ambil dari sini ya.

Sumber : Zai Zairish