Belum terlambat untuk Pas kembali ke pangkal jalan – Zahid

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata kerjasama antara parti itu dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) telah membentuk satu gabungan yang kuat sehingga mampu memenangi tujuh pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, jalinan politik antara kedua-dua parti itu berpaksikan kepada roh penyatuan ummah yang telah dijelmakan dengan iringan deraian air mata ahli-ahli bersama doa, harapan dan restu rakyat.

“Bayangkan enam dekad lamanya kita bersengketa, akhirnya kita dapat bertentang mata.

“Sehingga mewujudkan piagam dan perjanjian persefahaman yang kita tandatangani pada 14 September 2019. Jangan kita lupa, dengan permuafakatan ini, kita telah memenangi tujuh pilihan raya kecil,” katanya ketika Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020).

BERITA BERKAITANUMNO, Pas bertemu perkukuhkan Muafakat Nasional

Beliau berkata, namun, setelah menyertai sebahagian daripada kerajaan, tiba-tiba pendirian politik telah mula berubah dan kemudiannya membentuk gabungan parti politik Perikatan Nasional tanpa penyertaan UMNO.

“Kita telah mempersetujui dalam mesyuarat MN untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan parti-parti politik.

“UMNO tetap tegas dengan pendirian ini. Kedua-dua kaki UMNO tetap berpijak di bumi yang sama. Sikap politik UMNO tidak akan seperti lalang ditiup angin,” katanya.

Beliau berkata, Piagam MN yang termeterai sebelum ini belum sampai ke penghujungnya.

“Namun belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kaki kita mesti berpijak di tapak yang sama. Tapak yang berbeza tidak menjanjikan sebarang keberuntungan. Apatah lagi, pertambahan kerusi,” tambahnya.

Katanya, beliau yakin permuafakatan tersebut akan mendapat sokongan padu dalam kancah politik negara dan membuka ruang kepada UMNO dan BN kembali menerajui negara.

Beliau berkata UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemahkan piagam dan perjanjian persefahaman berkenaan kerana ianya merupakan doa dan harapan ummah keseluruhannya.

“Yakinlah MN yang teguh mampu menjelmakan kekuatan politik untuk kita semua. Sesungguhnya MN inilah merupakan langkah dinamik ke arah reset politik di negara ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This