Pas henti kerjasama dengan Bersatu atas kepentingan ummah, bukan kelompok tertentu – Afnan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPENTINGAN ummah menjadi asas keputusan Pas menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, bukannya kepentingan kelompok tertentu.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, seperti diketahui umum, Bersatu tidak mnerima kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan bagi Pas, kata beliau, menerima kemasukan parti lain ke dalam PN dapat memenuhi jalan untuk penyatuan ummah.

Afnan Hamimi menegaskan, perkara itu jelas menunjukkan bahawa Bersatu lebih mengutamakan kepentingan kelompok berbanding kepentingan ummah.

“Sikap dan gelagat Bersatu dalam banyak kemelut politik sebelum ini memperlihatkan mereka lebih utamakan kepentingan kelompok tertentu.

“Pas berfikir panjang, bermesyuarat banyak kali. Jika jalan untuk penyatuan ini dihalang, Pas tiada pilihan lain.

“Pilihan yang ada ialah menghentikan kerjasama dengan pihak yang menghalang jalan penyatuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, Pas perlu meneroka jalan lain disebabkan jalan sedia ada tidak mampu sampai kepada matlamat penyatuan.

Namun begitu, beliau berkata, lokasi tujuannya tetap sama iaitu penyatuan ummah.

Katanya, penyatuan merupakan asas kekuatan untuk melawan dan menentang segala kerosakan yang sedang dan telah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) sejak mereka berkuasa selama ini.

“Sikap yang sama Pas ambil ketika Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“DAP menghalang jalan melaksanakan syariat di Kelantan dan Terengganu. Maka, dengan tegas Pas buat keputusan batalkan kerjasama dengan DAP,” jelas beliau.

Afnan Hamimi berkata, penyatuan ummah berjaya ketika Pas bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN).

Walaupun MN hanya sekerat jalan, katanya, jalan penyatuan itu diteruskan oleh Pas di dalam PN.

“PN adalah jalan lain, namun agendanya sama, penyatuan ummah. Natijahnya, undi orang Melayu Islam banyak beralih kepada PN di dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“PN dilihat dan dipercayai membawa agenda penyatuan ummah. Ramai ahli parti lain beri undi kepada PN. Pengundi atas pagar juga beri undi kepada PN. Mereka percaya dan letak harapan tinggi untuk penyatuan ummah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. Demikian penegasan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam...

More Articles Like This