Bila ada aplikasi shopping online, nampaknya semua boleh dijual secara talian. Terbaru menerusi perkongsian Shah Rina di laman sosial miliknya, pemilik akaun zoeavsam secara berseloroh ingin menjual adiknya dengan harga RM15 juta.
Malah menerusi ruang bayaran, harga boleh dibayar secara ansuran sebanyak 12 kali.
“Tak tahulah nak sedih ke nak gelak, ni kalau mak tahu kau jual adik confirm kena ketuk kepala dengan kuali.”
Jelasnya menerusi ruang deskripsi, kanak-kanak itu seorang yang suka tantrum namun pandai melukis dan mengambil berat.
“Annoying, selalu tantrum, brat, ikut mood dia je, pandai melukis, setiap minggu sekolah kena ponteng, pernah 2 minggu tak pergi sekolah, yang beli kena banyak bersabar. So far dia caring, kadang kadang biadab, biaselah anak bongsu. Selalu naik lemak dan macam-macam lagi.”


Apa-apa pun hantaran ini hanyalah berbentuk gurauan dan telah dipadamkan oleh pemilik akaun tersebut. Chill.
Sumber : Shah Rina

