Fasa kedua suntikan vaksin Covid-19 bermula 19 April

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

FASA kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang memberi keutamaan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik akan bermula 19 April depan.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang tersenarai dalam fasa kedua pemberian vaksin itu akan mula menerima janji temu menerusi pemakluman dalam aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Buat masa ini, Khairy berkata, seramai dua juta daripada sembilan juta yang telah disasarkan dalam fasa kedua ini telah mendaftar.

“Kita akan mulakan fasa kedua PICK ini pada 19 April dan mula maklumkan kepada penerima janji temu mereka melalui MySejahtera, panggilan telefon dan SMS kepada mereka yang dipilih pada 5 April.

“Kita beri notis selama dua minggu sebelum tarikh janji temu untuk mendapatkan vaksin Covid-19 mereka,” katanya dalam sidang akhbar mingguan PICK, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 hampiri 600,000

Mengulas mengenai jumlah individu yang telah mendaftar dalam fasa kedua, Khairy meluahkan keyakinan bahawa bilangan itu akan terus meningkat.

Bagaimanapun, katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan akan mendahulukan individu yang telah mendaftar untuk fasa ketiga sementara menunggu mereka yang sepatutnya menerima vaksin dalam fasa kedua mendaftar.

“Bila bekalan vaksin mencukupi dan sementara kita cuba meyakinkan mereka untuk mendaftar, kita akan dahulukan mereka yang telah mendaftar di fasa ketiga.

“Ini bukan bermakna kita berputus asa dengan sesiapa yang belum mendaftar di bawah fasa kedua kerana apabila mereka mendaftar nanti, algoritma dalam MySejahtera akan meletakkan mereka di atas walaupun kita akan dahulukan penerima dalam fasa ketiga.

“Namun begitu, saya yakin jumlah pendaftaran bagi fasa kedua ini akan meningkat setiap hari menerusi usaha yang kita laksanakan seperti program menyantuni komuniti dan sebagainya,” jelas beliau.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan seramai 7.23 juta individu telah mendaftar bagi program vaksinasi iaitu bersamaan 30 peratus daripada sasaran penduduk berusia 18 tahun ke atas.

“Peningkatan ini sangat menggalakkan dan kita harap akan melihat lebih ramai akan tampil mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This