AKTOR Remy Ishak tidak menolak andai kembali berjodohan dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof.
Menurut Remy atau Mohammad Zalimei Ishak,39, meskipun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun hubungan persahabatan antara mereka masih lagi terjalin dengan baik.
“Memang kami dah putus (tunang) tapi hubungan sebagai sahabat masih lagi seperti biasa.
“Sebenarnya kami mencari titik kebaikan dalam diriā¦mana yang kurang kita perbaiki dengan sebaiknya.
“Saya tak berani nak cakap lebih sebab hal ini agak sensitif. Jika tersalah cakap, akan melukakan hati pihak di sebelah sana pula.
“Lebih selesa beginiā¦tapi kalau ada jodoh antara kami, insya-Allah, adalah nanti,” katanya kepada URTV.
Remy dan Ezza,38, pernah bertunang pada 2017, tetapi ikatan yang terjalin tidak bertahan lama selepas putus ditengah jalan pada 2019.
Walau bagaimanapun, kisah antara mereka kembali diperkatakan baru-baru ini apabila Ezza atau Roszaliza Yusof memuat naik gambar dan video sambutan hari lahirnya yang turut dihadiri Remy di sebuah restoran.
Sementara itu, bintang filem Sangkar ini mengakui pada usia menghampiri 40-an, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, Remy masih berhati-hati dalam menuju ke gerbang perkhawinan memandangkan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah akibat ibu bapanya memilih untuk bercerai.
“Ya, saya memang ada rasa nak kahwinā¦bila balik rumah, mesti rasa sunyi.
“Bagi saya biarlah kita berkawan dalam tempoh masa yang lama supaya perkahwinan yang dibina nanti akan kekal selamanya.
“Saya akui agak selesa dengan Ezza sebab dia seorang yang penyabar dan memahami keadaan saya.
“Apa-apa pun, jangan risau kalau ada berita gembira daripada saya, sudah tentu saya akan kongsikan kepada semuaā¦saya tidak akan berahsia,” ujarnya.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi
TONTON VIDEO PILIHAN:

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

