Panggilan ‘abang’ sebab Wang Yi lebih berpengalaman. Hormat orang tidak bermakna kita lemah – Hishammuddin

Dari Penulis

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan panggilan ‘abang’ yang diungkapnya kepada Menteri Luar China bukan merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Selepas dikritik beberapa pihak kerana ungkapan tersebut, beliau berkata ungkapan tersebut merujuk rakan sejawatnya dari republik itu, Wang Yi yang lebih tua dari segi umur dan berpengalaman daripadanya.

“Ungkapan yang saya gunakan tidak merujuk hubungan dua hala, memandangkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China adalah berdasarkan saling percaya dan setara.

“Menghormati bahawa Wang Yi yang lebih tua, dan menteri luar negeri yang lebih berpengalaman(berbanding dirinya), justeru secara peribadi (dia) adalah ‘abang’ kepada saya.

“Menunjukkan tanda hormat bukan bermakna kita lemah,” katanya di dalam Twitter peribadinya.

Dalam sidang media bersama Wang Yi di China, baru-baru ini, Hishamuddin menggelarkan China sebagai ‘abang’ kepada Malaysia, dan dibalas Wang Yi dengan ungkapan ‘Kita adik-beradik.’

BERITA BERKAITAN Kaji selidik UtusanTV: KJ perolehi undi tertinggi menteri pilihan

“[…] You will always be our elder brother (anda akan sentiasa menjadi abang kepada kami),” katanya. Wan Yi pula membalas dengan berkata “Kita bersaudara (We are brothers)”.

Kata-kata dua rakan sejawat itu dilaporkan oleh media nasional China.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberi jaminan prinsip dan dasar luar Malaysia akan terus dipertahankan.

“Jangan bimbang, dari segi dasar luar Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik – berasaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan, dan kesetaraan.

“Kita akan terus memberi sumbangan bermakna ke arah komuniti negara-negara yang adil dan saksama,” katanya lagi.

Apa yang berlaku ketika sidang media tersebut mengundang perhatian, antaranya oleh pemerhati hubungan antarabangsa yang menyuarakan kebimbangan bahawa penggunaan istilah itu boleh disalah tafsir bahawa Malaysia tunduk kepada China.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This