Tahi lembu, janggut dan penutup botol. Asbabnya remeh sahaja

0
115

Kadangkala kita tidak menyangka sesuatu yang kecil atau kejadian ringan boleh mengakibatkan nyawa melayang. Jika ajal sudah sampai, asbab yang remeh pun boleh menjadi punca manusia kembali kepada sang Pencipta. Seperti beberapa kejadian di bawah ini…

➡️Isadora Duncan, seorang penari di Eropah pada zaman Soviet Union. Beliau suka mengenakan selendang panjang ketika berjalan-jalan. Suatu hari semasa sedang menaiki kereta, dia duduk di sebalik tingkap yang terbuka. Angin kuat menerobos menerusi tingkap melalui kereta yang dipandu laju. Selendangnya yang panjang berjuraian ke luar tingkap ditiup angin, sebelum selendangnya tersangkut pada bahagian roda kereta, menyebabkan lehernya terjerut dan menemui ajal pada tahun 1927 di Perancis.

Isadora Duncan.

➡️Tahun 1567, seorang lelaki Austria bernama Hans Steininger dikenali kerana mempunyai janggut yang panjang sehingga mencecah 140 sentimeter. Satu hari, berlaku kebakaran. Dalam keadaan kelam kabut, Hans yang belum sempat mengikat janggutnya panik mahu melarikan diri. Tetapi dia terpijak janggutnya sendiri lalu terjatuh tersembam hingga lehernya patah yang meragut nyawanya.

➡️Allan Pinkerton dikenali sebagai detektif berjaya pada abad ke-18 di Scotland. Suatu hari ketika sedang berjalan di laluan pejalan kaki, Allan tergelincir menyebabkan dia terjatuh dan tergigit lidahnya. Lidahnya luka dan mengalami jangkitan yang akhirnya merebak dan meragut nyawa detektif itu.

Allan Pinkerton.

➡️Tycho Brahe, seorang ahli astronomi menemui ajal setelah menghadiri satu majlis jamuan rasmi pada tahun 1601. Sewaktu majlis itu berlangsung, Tycho menahan diri daripada membuang air kecil kerana takut dikatakan tidak sopan jika meninggalkan majlis. Akibatnya, berlaku jangkitan pada kantung pundi kencingnya. Sebelas hari setelah jamuan itu, Tycho meninggal dunia.

Tycho Brahe.

➡️Seorang penulis, Tennessee William menemui ajal pada 1983 akibat tercekik tutup botol yang tidak sengaja tertelan sewaktu dia sedang mabuk di sebuah hotel di New York.

Tennessee William.

➡️Tahun 1991 di Thailand, wanita bernama Yooket Paen menemui ajal di kebunnya. Puncanya, dia terpijak tahi lembu menyebabkannya tergelincir. Dia jatuh tepat saat tangannya terpegang kabel elektrik menyebabkan tubuhnya disambar elektrik dan maut di situ juga. Tak lama setelah dikebumikan, adiknya pula datang ke kebun tersebut. Sama seperti kakaknya, si adik juga menemui ajal setelah tergelincir memijak tahi lembu dan mengenai kabel elektrik yang sama.

______________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.