FarahAlya, koleksi muslimah ‘friendly’. Terhad 1000 helai!

Dari Penulis

FarahAlya, rekaan elegan dan penuh kesopanan bagi memenuhi citarasa wanita muslimah berfesyen.

Datin Hamizan Puteh.

Jenama milik Datin Hamizan Puteh ini lahir untuk memberi keselesaan kepada golongan hawa yang mementingkan gaya dan rekaan menarik. Jelas Hamizan, kesukaran mendapatkan busana indah namun menepati ciri-ciri muslimah menyebabkan munculnya jenama ini

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” jelasnya ketika majlis Pelancaran Jenama FarahAlya.

Menyedari peredaran pantas dunia fesyen, FarahAlya hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad bagi memastikan rekaannya kekal relevan.

“Rekaan pertama ini dinamakan sebagai ZYZAH sempena nama ibu saya dan ia mempunyai lima pilihan warna. Setiap satunya hanya dijual sebanyak 1000 helai sahaja kerana mahu kekalkan nilai eksklusif dan limited,” ulasnya lanjut.

Selain menyediakan alternatif untuk fesyen muslimah, rekaan jenama ini juga wuduk ‘friendly’ dan sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.

Koleksi FarahAlya dijual pada harga RM129.00 dan boleh didapati di website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This