Kenapa engkau tunjukkan aku jalan ke kubur? Jawapan Ibrahim buatkan lelaki itu menangis…

Dari Penulis

SEORANG lelaki berserban dan berjubah berjalan seorang diri meredah padang yang kering tandus. Ketika sampai di pertengahan jalan, lelaki itu terserempak dengan seorang anggota tentera berkuda yang lalu di kawasan itu.

“Siapa kamu?” tanya tentera tersebut.

“Aku hanyalah seorang hamba,” beritahu lelaki berjubah itu.

“Kalau begitu, tunjukkan aku di mana jalan untuk pergi ke kota paling hampir di sini?” tanya tentera itu lagi.

“Nun di sana tu,” kata lelaki berjubah itu sambil menunjukkan ke arah sebuah perkuburan lama.

“Hoi! Orang tua! Engkau sengaja nak permain-mainkan aku ya!” tengking tentera itu lalu turun dari kudanya dan memukul lelaki berjubah itu sehingga kepalanya luka dan berdarah.

Tentera itu kemudian mengikat leher lelaki tersebut dengan seutas tali dan mengheretnya di atas tanah.

Perbuatan kejam tentera itu diperhatikan sekumpulan penduduk dari kota berhampiran dengan penuh kehairanan. Mereka beramai-ramai mendekati dan terkejut melihat lelaki yang didera itu seorang yang amat dihormati.

“Hei! Jangan seksa orang tua ni! Kalau kamu nak tahu inilah Ibrahim Adham, orang alim yang paling disegani di kota ini,” jerit seorang penduduk tempatan.

Tentera itu tergamam. Serta-merta dia berlutut di depan lelaki berjubah itu sambil menangis.

“Maafkan saya, tuan! Ampunkanlah kesalahan saya! Saya menyangka tuan benar-benar seorang hamba!” rayu tentera itu.

Ibrahim bertanya sambil tersenyum. “Siapakah manusia yang bukan bergelar hamba?”

Lelaki itu terdiam. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Ibrahim. Rasa malu menyelinap dalam dirinya kerana tidak sengaja telah menganiaya ulama terkemuka itu.

Ibrahim kemudian mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa: “Aku mendoakan agar hidup engkau mendapat berkat. Balasan terhadap diriku kerana perbuatanmu adalah syurga dan aku tidak senang hati jika balasan untukmu adalah neraka…”

Lelaki itu bertanya kepada Ibrahim: “Kenapa tuan menunjukkan kawasan perkuburan bila saya tanya arah nak ke kota?”

Ibrahim dengan perlahan menjawab: “Sebab, semakin lama kota semakin kosong tapi kubur semakin penuh!”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This