Krisis Timur Tengah perlihatkan dunia tak lagi boleh bergantung kepada bahan api fosil – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MASA hadapan sektor tenaga global menuntut anjakan pemikiran dan keberanian untuk meneroka penyelesaian baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk krisis yang berlarutan di Timur Tengah memperlihatkan betapa dunia tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada bahan api fosil.

Sebaliknya, jelas beliau dunia perlu mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu yang lebih bersih, mampan dan berdaya tahan.

“Pada masa yang sama, perkembangan teknologi dan tuntutan globalisasi meningkatkan keperluan terhadap bekalan tenaga yang stabil dan mencukupi.

“Kepesatan pembangunan pusat data, yang menjadi tunjang kepada kemajuan kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan industri semikonduktor, menjadikan agenda transisi tenaga semakin mendesak dan strategik,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Energy Transition Conference (ETCon) 2026, hari ini.

Ia merupakan sebuah platform menghimpunkan pemain industri tenaga dari dalam dan luar negara untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta meneroka pendekatan strategik dalam memperkukuh pembangunan sektor tenaga.

Pada masa sama, Anwar menegaskan komitmen Malaysia untuk menjayakan ASEAN Power Grid, satu inisiatif penting yang akan memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan dan perkongsian sumber tenaga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This