Cuti tanpa stress

Dari Penulis

Bila tiba waktu cuti, pasti ada ibu bapa yang pening kepala memikirkan destinasi yang ingin dituju. Itu tidak termasuk lagi masalah anak-anak yang tidak boleh duduk diam dan suka menimbulkan kekecohan sepanjang perjalanan. Kadang kala pergi bercuti dengan anak-anak boleh mengundang stress.

HF akan memberikan beberapa panduan mudah kerana merancang percutian dengan bijak dapat mengelakkan stress.

Perjalanan singkat, cepat & selesa

Pilih lokasi yang singkat dan tidak mengambil masa yang lama. Maklumlah karenah anak-anak ini tidak boleh dijangka. Perjalanan yang terlalu lama boleh menyebabkan mereka tertekan dan tidak boleh duduk diam. Seeloknya sediakan tempat khas untuk mereka dan bukannya duduk di atas pangku anda ya.

Pakaian selesa

Pastikan anda membawa segala keperluan seisi keluarga berdasarkan lokasi yang ingin dituju. Jika ingin membawa anak-anak ke kawasan peranginan beriklim sejuk, pilihlah pakaian tebal dan selesa untuk mereka. Kuantiti barang yang dibawa juga haruslah mencukupi. Lakukan persiapan awal untuk memastikan tiada apa yang tertinggal.

Bawa barang kegemaran

Sekiranya anak anda mempunyai barangan kegemaran yang perlu ada setiap masa seperti bantal busul, teddy bear, mainan dan sebagainya, jangan lupa membawanya. Jika tidak boleh sengsara percutian anda nanti.

Peti kecemasan

Amat penting membawa peti kecemasan yang mengandungi ubat-ubatan seperti ubat batuk, demam, selesema, pembalut luka dan lain-lain keperluan yang bersesuaian. Pastikan juga kuantitinya mencukupi sepanjang tempoh percutian. Bagi yang mempunyai anak kecil, jangan lupa membawa tisu basah di dalam beg bagi menjaga kebersihan mereka sepanjang masa.

Rancang aktiviti

Jika sudah ada jadual yang tersusun pasti percutian keluarga berlangsung tanpa sebarang masalah. Cara ini juga membantu memastikan anda memanfaatkan setiap waktu bersama anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan. Jangan dilupa untuk mengira waktu tidur dan makan kerana gagal untuk mengira faktor ini akan mengganggu aktiviti yang dirancang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This