Kimchi soondubu jjigae aka Soft tofu stew. Sedapnya buat menu berbuka

0
70

Pening kepala memikirkan menu berbuka, kalau sebelum ini sudah cuba lauk kampung, apa kata pelbagaikan seleksi hidangan dengan hidangan ala Korea, soft tofu stew atau kimchi soondubu jjigae.

Bahan-bahan boleh didapati daripada pasaraya, manakala serbuk gochugaru boleh dibeli secara talian. Hidangan ini untuk dua hingga empat orang.

“Boleh masukkan ayam atau hidangan laut ikut selera masing-masing. Terima kasih Zaitul Ummi atas perkongsian resipi.

Bahan² semua boleh dpt di tesco kecuali serbuk gochugaru ( boleh beli online sy beli kt shopee je )”

Bahan :

1 pek Soft tofu

2 senduk Kimchi

3/4 mangkuk Cendawan shitake

1 batang sederhana Timun jepun

3/4 mangkuk Ayam bahagian dada – (boleh juga guna hirisan daging)

2 biji Telur

1 sudu Gula perang

1 Kiub ikan bilis – jangan degil letak kiub ayam atau lembu

2 sudu Serbuk GOCHUGARU – (WARNING-PEDAS). Jika tak suka pedas letak 1 sudu

4 sudu kicap soya

1 sudu Garam

Serbuk perasa

Minyak bijan untuk menumis

3 biji Bawang merah / 1/2 biji Bawang holland

4 ulas Bawang putih

Daun bawang – agak-agak

Cara :

Tumis ayam dengan minyak bijan. Apabila sudah separuh masak ,ketepikan.
Tumis bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Kalau nak gantikan bawang merah dengan bawang holland lebih sedap. Tumis smpai keperangan.
Kimchi pastikan beli yang HALAL, masukkan dengan kuahnya. Kacau.
Selepas sebati masukkan ayam yang separuh masak.
Masuk cendawan dan timun, kacau sebati.
Masukkan 2 mangkuk setengah air.
Serbuk ajaib. GOCHUGARU. Boleh dibeli di shopee. Fine – hot and spicy. Jika tak tahan pedas letak satu sudu sudah cukup.
Masukkan Kiub ikan bilis.
Masukkan 1 sudu gula perang.
Masukkan 4-5 sos soya. Rasa ikut selera masing-masing. Perasakan dengan garam dan aji jika suka.
Apabila sudah mendidih, tutup api, cedok masuk ke dalam clay pot korea. Baru feeling macam makan dekat kedai korea.
Letakkan tofu.
Pecah-pecahkan sedikit menggunakan sudu.
Apabila dah gelegak, letak telur dan siap.
Contoh gochugaru.

Sumber : Zaitul Ummi