KUMPULAN K-pop popular, VIVIZ yang dianggotai oleh Eunha, SinB dan Umji, bakal menemui peminat mereka di Malaysia buat pertama kalinya menerusi konsert jelajah dunia mereka yang bertajuk “2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA”.
Konsert yang dianjurkan oleh TopGallant Show itu dijadual berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), jam 5 petang di idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Kehadiran VIVIZ ke Malaysia merupakan detik yang amat dinanti-nantikan peminat setia mereka yang dikenali sebagai Na.V, selepas sekian lama mengikuti perjalanan trio berbakat ini sejak zaman GFRIEND.

Lebih istimewa, konsert ini berlangsung dalam tahun paling bermakna buat VIVIZ, bersempena dengan ulang tahun ke-10 pertemuan semula bersama ahli GFRIEND serta pelancaran album studio pertama mereka bertajuk “A Montage of ( )”.
Album tersebut menampilkan lagu utama “La La Love Me”, serta tiga lagu solo daripada setiap ahli iaitu:
- “Hipnotic” (Solo SINB)
- “Love Language” (Solo UMJI)
- “Milky Way” (Solo EUNHA)

Sejak debut pada 2022 di bawah BPM Entertainment, VIVIZ meraih perhatian menerusi single sulung mereka “Bop Bop!” dan mencatat kemenangan di program muzik hanya seminggu selepas pelancaran.
Nama mereka terus melonjak apabila menjadi kumpulan K-pop wanita pertama membuat persembahan dalam “Global Spin” anjuran Grammy, selain memikat penonton dalam program realiti “Queendom 2”.
Karya-karya lain yang mencuri hati peminat termasuk dari album “Summer Vibe” (2022), “VarioUS” dan “VERSUS” (2023), serta “VOYAGE” (2024) — yang menampilkan lagu seperti “MANIAC”, “Untie”, “Shhh!”, “PULL Up” dan banyak lagi.
Tiket akan mula dijual pada 4 September 2025 (Khamis), jam 12 tengah hari di laman web berikut:
- my.bookmyshow.com
- Fantopia
- Ctrip
- Trip.com
Kategori Tiket & Manfaat:
- VIP – RM738
- Sound Check, Hi-Bye, Photocard, VIP Lanyard, Poster & Polaroid bertandatangan (terhad)
- CAT 1 – RM588
- Sound Check & Hi-Bye (300 peminat), Photocard & Poster bertandatangan
- CAT 2 – RM488
- Photocard + Bertandatangan (terhad)
- CAT 3 – RM388
- Photocard
- CAT 4 – RM338
- Photocard

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

