BINTANG filem Tamil terkemuka, Vivek meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) di unit rawatan rapi (ICU), hospital SIMS, semalam.
Memetik laporan Times of India, aktor berusia 60 tahun itu mengalami masalah arteri tersumbat yang menyebabkan serangan jantung.
Keadaan Vivek sebelum ini bergantung kepada alat sokongan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).
Menurut pakar perubatan yang merawat, pelakon filem Sivaji itu dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengadu sakit dada kepada ahli keluarganya.
Sekumpulan doktor mengambil masa kira-kira satu jam bagi menjalani rawatan angioplasti.
Terdahulu, Vivek sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19 pada Khamis lalu.
Walau bagaimanapun, pihak perubatan menafikan punca kematiannya bukan disebabkan vaksin tersebut.

