TLDM bantu cari kapal selam KRI Nanggala di kepulauan Bali

Dari Penulis


TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengerahkan kapal Mega Bakti bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali, pagi semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghubungi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto hari ini bagi memaklumkan perkara itu.

“Operasi SAR ini melibatkan 54 kru yang terdiri dari tujuh pegawai dan anggota TLDM dan tiga pegawai dan staf perubatan ATM, serta 44 kru MV Mega Bakti.

“Operasi ini diketuai oleh Komander Mohd. Hairul Fahmy Yob selaku Coordinator Rescue Force (CRF),” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, TLDM akan mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa ke atas keselamatan anak-anak kapal dan agar kapal selam tersebut segera ditemui.

“Kementerian Pertahanan melalui TLDM memberi sepenuh komitmen ke atas Operasi SAR ini dan ketersediaan TLDM membuktikan sebarang asetnya boleh diatur gerak dalam semua aspek pengoperasian dalam masa yang singkat,” ujarnya.

*Oksigen mencukupi untuk 53 anak kapal

DI JAKARTA, Ketua Pusat Penerangan Tentera Nasional (TNI) Mejar Jeneral Achmad Riad berkata, Malaysia dan Singapura merupakan dua negara sahabat yang menawarkan bantuan bagi mencari kapal selam itu.

‘’Kapal Mega Bakti dijangka tiba di perairan Bali, Isnin ini manakala kapal Swift Rescue Singapura akan tiba pada Sabtu ini,’’ katanya.

Beliau berkata, kapal Swift Rescue merupakan kapal penyelamat kepada kapal selam yang menghadapi masalah di bawah air.

Achmad juga turut mengesahkan kapal selam itu terputus hubungan kira-kira pukul 4.25 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Penerangan Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata, bekalan oksigen KRI Nanggala-402 mencukupi untuk semua anak kapalnya seramai 53 orang.

Panglima (TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto, meninjau operasi SAR di perairan Bali.
Operasi itu disertai oleh lima kapal Angkatan Laut TNI, sebuah helikopter dengan kekuatan 400 orang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This