Jangan simpan barang yang tak dipakai. Peringatan keras buat semua

0
48

Sudah menjadi hobi, ada yang suka menyimpan barangan koleksi untuk dijadikan perhiasan rumah. Namun menurut Ustazah Asma’ Harun, Islam tidak pernah melarang umatnya mencari harta dan kekayaan, namun mengumpul dan menghimpun kekayaan merupakan satu sifat yang tercela.

Perkongsian Tuah’ainil Sufi ini cukup membuka mata, jelasnya andai masih ada yang suka menyimpan barangan namun tidak pernah digunakan, sebaiknya ia disedekahkah kepada orang lain kerana setiap bahagian itu akan dihisab di sana kelak.

“(JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI)

Sahabat,

Kita mencari harta dan kekayaan

tidak dilarang dalam  agama,

Mengumpul dan menghimpun kekayaan

itu yg dilarang dan tercela.

Peringatan utk saya,

keluarga dan sahabat2 semua juga..😢

“Mungkin ada yg tak tahu, Semoga ilmu yg disampaikan oleh ustazah Asma Harun baru ini Sama2 kita dpt manfaatnya.

Check collection kita,

Keluarkan pinggan mangkuk yg sekadar kita simpan bertahun2, utk hiasan,

pakaian, tudung tudung yang

penuh dalam almari,

Koleksi Telekong yg kita sayang,

kasuk kasut, periuk belanga,

Tupperware yg menggunung tersusun cantik, handbag yg berbagai saiz.

Langsir2, perabot2 yg masih dalam stor sayang nak buang,

Mana yg dah lama kita tak pakai,

Jangan di simpan. Keluarkan.

Itu ada hisabnya sahabat..

Astaghfirullahal’adzim… 😢

Sedekahkan.

Ia sahabat..

Perlu ada limit utk start beli Barang baru.

Nak beli yang baru,

yang lama terus diberikan,

disedeqahkan

pada yg memerlukan.

Jangan simpan lama2 tak guna.

Ataupun boleh jual preloved,

Duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan2 amal.

Bukan tak boleh membeli,

Boleh….

tetapi Jangan Mengumpul Harta.

Kerana kita akan berat Saat dihisab nanti.

Na’uzubillahi min zalik..

Ada suatu Kisah,

Ada seorang fakir miskin,

Ada seorg kaya memberitahu,

kpd sesiapa yg Sanggup menjaga kubur ku bila aku mati 30hari 30malam,

Akn mndpt harta2ku.

Seorg yg sgt fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia Gali kubur bersebelahan

kubur si kaya itu.

Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh  menghantar bekalan makanan.

Sepanjang malam,

dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang Tongkat yang satu satunya dia ada.

Dia akan membawanya ke mana sahaja.

Malaikat bertanya perihal tong kat si fakir itu,

Mana dpt tongkat itu,…

buat apa dgn tongkat tersebut,…

mana sumber duit beli Tongkat itu,..

Dan macam macam pertanyaan hanya pada tongkat nya sahaja.

Selepas 30 hari dia dikeluarkan.

Ada seorang memberitahu,

“kamu dah layak dpt harta arwah si kaya ini.

Kerana kamu  berjaya duduk 30hari bersebelahannnya.

Dan di fakir itu berkata,

“Sesungguhnya Aku tidak mahu sedikit pun harta org kaya tersebut.

Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama.

Apatah lagi orang yang banyak harta,

tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar.”

Si fakir menolak semua yg sepatutnya menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus2 perkara, hingga sebesar2nya.

Subhanallah

Allahu Akbar… 😢

Jom sahabat,

Usaha Sama2 utk beriman dgn nama Allah Ya HASIB, Allah Yg MAHA Menghisab…

Hitungannya sangat halus…

Cuba kita hitung sendiri.

Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna.

Tuppuware kita yang tersimpan rapi,

periuk berset3.

Tudung 30color patern lama, Masih tak keluar lagi yang lama

Dah masuk lagi koleksi baru,

Makeup kita berkotak kotak,

Pakaian kita yang beralmari2, pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun2..

sayang nak bagi orang,

“Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab.

Barangsiapa menghisab mengira dirinya

Saat Dia di dunia,

maka ringan lah Saat dihisab di Akhirat kelak.”

Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab, ampunkanlah kami, kami tak tahu…

Sahabat,

Sedekah kita yg bermanfaat adalah ketika kita Hidup. Dan ketika kita sedang sihat.

Duit dalam Bank bukan duit kita,

Duit yang kita infaq adalah duit kekal kita di sana.

Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang. ” kita syukur, dpt pahala mak, bila org guna”

Tidak… ,

bila mak sudah mati harta itu bukan mak punya. Sudah Terputus.

Itu tidak dikira sedekah nya..

Allahu Akbar 😢

Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat,

yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab. Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!

Baju yg dah tak elok jangan beri..

Bagi yg masih elok.

Dah keluarkan collection2 lama,

baru boleh plan limit nak beli yg lain.

Kerana setiap yg kita simpan tak guna bertahun tahun itu juga akan dihisab setegas tegasnya…

😭😭😭

Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki Kekurangan lalu.

😢🤲

Saya yg banyak kurang,

#ketukhati01

#pesanpadahati

#perbetuldiricuma

#jommuhasabahdiri

#dakwahtugaskitasemua.”

Sumber : Tuah’ainil Sufi