Buka sahaja wardrobe seorang wanita, selain pakaian, tudung dan aksesori, pastinya koleksi beg turut tidak ketinggalan memenuhi ruang almari. Bagaikan tidak pernah cukup, koleksi beg yang ada semestinya dibeli untuk dipakai mengikut kesesuaian acara. Jom selak enam jenis beg selalunya dimiliki setiap wanita.

1. Clutch

Seperti tidak lengkap penampilan jika tidak memiliki tas tangan atau clutch di dalam almari. Selalunya clutch digayakan dengan persalinan lebih elegan dan anggun untuk majlis koktel dan acara yang lebih formal.

2. Sling bag

Beg silang lazimnya menjadi kegemaran tatkala keluar untuk bersantai atau ke acara semi formal. Dengan menggunakan tali panjang pada beg silang ini anda boleh gayakan ia dengan satu bahu mahupun menyilangkannya untuk gaya lebih bebas.

3. Tote bag

Ini adalah beg kesukaan kebanyakan wanita lebih-lebih lagi yang bergelar ibu. Ia bersifat ‘semua dalam satu’ di mana anda boleh menyimpan pelbagai item di dalamnya kerana ruang yang besar dan sangat praktikal bagi kaum ibu yang tentu sekali mahu menyumbat segala perkara dalam satu beg.

4. Pochette

Dalam lingkungan clutch biasanya kecil, bergaya serta bertali. Pengayaannya seperti membawa clutch dan sesuai untuk majlis makan malam atau ke majlis perkahwinan. Cukup untuk menyimpan dompet dan telefon bimbit anda.

5. Hobo bag

Lebih kurang tote, ia juga bersifat besar dan boleh memuatkan pelbagai item yang biasanya wanita akan bawa dalam beg tangan. Hobo bag juga boleh disesuaikan dengan pelbagai acara dan mudah dibawa kerana mempunya tali pendek dan tali panjang.

6. Shoulder bag

Beg jenis ini juga menjadi kegemaran kaum Hawa untuk banyak acara kerana ia bersifat cantik dan praktikal. Kecil sedikit berbanding tote tetapi masih sesuai untuk memuatkan item-item penting seperti dompet, telefon bimbit , beg mekap, kunci kereta dan power bank.