Hampir 24,000 kanak-kanak positif COVID-19 tahun ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JUMLAH kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang disahkan positif COVID-19 dilihat meningkat secara mendadak kepada 23,779 individu sejak Januari sehingga kini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mendedahkan jumlah berkenaan sememangnya jauh melonjak berbanding hanya 8,369 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu. 

Sehubungan itu, Dr. Adham memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya satu pekeliling dikeluarkan bagi membenarkan guru serta pelajar yang bergejala untuk tidak hadir ke sekolah. 

Beliau berkata, ia sebagai satu daripada langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di sekolah. 

Menurut Dr. Adham, cadangan itu diketengahkan selepas peningkatan kluster pendidikan sebanyak 83.3 peratus sejak 11 April hingga Sabtu lalu dengan cadangan itu telah pun dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin. 

“Pekeliling perlu dikeluarkan kerana terdapat kebimbangan daripada guru-guru serta pelajar yang mereka akan dikenakan tindakan selain dilabel ponteng jika tidak hadir ke sekolah meskipun bergejala seperti demam, sakit tekak, batuk dan hilang deria rasa,” katanya  dalam sidang akhbar mingguan COVID-19 hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Lebih 500,000 telah lengkap dua dos vaksin Covid-19

Memetik laporan Bernama.com, Dr. Adham memaklumkan, guru-guru bergejala yang tidak hadir ke sekolah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan surat pengesahan bahawa guru itu bergejala akan dikeluarkan.

“Ujian saringan COVID-19 akan dijalankan terhadap mereka dan jika sah positif, laporan akan dibuat segera. Cuma kita ingatkan guru agar tidak salah guna perkara ini,” katanya.

Dr Adham berkata pelajar yang mempunyai gejala diminta untuk terus tidak hadir ke sekolah kerana Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mahu tercetusnya penularan COVID-19 sekiranya mereka “Pelajar bergejala ini perlu diberi pelepasan atau cuti dan mereka ini akan dianggap tidak ponteng namun harus berada di rumah masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 dalam tempoh 1 Januari hingga 25 April lalu dilaporkan tiada kaitan epid (epid link) atau tidak diketahui punca.

“Ia membabitkan sebanyak 170,173 kes dan ia sangat banyak. Kes sporadik ini sudah berada dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, tiga negeri yang mencatatkan kes sporadik tertinggi adalah Selangor dengan 65,215 kes; Kuala Lumpur (19,834) dan Johor (17,974).   

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This