Apabila doktor hospital kerajaan pun terlibat edar ganja

Dari Penulis

DADAH memang tidak mengenal pangkat atau darjat. Sesiapa sahaja yang terjebak dengannya akan sukar melarikan diri walaupun anda seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu tinggi seperti seorang doktor.

Seorang doktor sepatutnya yang memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat bagaimana menghindarkan diri dari penyalahgunaan barangan terlarang tersebut tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Akibatnya, seorang doktor hospital kerajaan telah ditahan bersama lima rakannya yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Mereka ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya turut menemukan 11 paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1,913 gram dianggarkan bernilai RM4,900, di samping wang tunai RM1,450 dalam serbuan itu.

BERITA BERKAITAN Dua sindiket, satu makmal dibongkar dan dadah RM17.55 juta dirampas

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 26 dan 30 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dalam serbuan itu juga polis merampas empat kereta terdiri daripada Honda City, Perodua Viva, Perodua Myvi, Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC, semuanya dianggar bernilai RM139,500,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

“Hasil ujian saringan awal yang dijalankan, lima daripada suspek positif dadah dan kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hukuman wajib bayar pampasan kepada keluarga mangsa menanti pemandu mabuk, positif dadah

KERAJAAN sedang meneliti pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah kesalahan jalan raya serius...

More Articles Like This