Neelofa bukan lagi duta Swarovksi, tiada kaitan dengan kontroversi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI dan usahawan, Neelofa memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia tidak lagi bergelar duta kepada jenama Swarovski.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor,32, berkata, kerjasamanya dengan produk aksesori perhiasan popular itu telah tamat pada bulan Disember tahun lalu.

“Kontrak saya dengan Swarovski sudah tamat pada Disember 2020 tetapi kami masih menjalinkan hubungan yang baik dan akan terus kekal begitu. Harap ia jelas,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Twitter.

Kenyataan Neelofa berhubung kontraknya bersama Swarovksi

Sebelum ini pihak Swarovksi melalui satu ciapan di Twitter telah mengesahkan bahawa pihaknya tidak lagi bekerjasama dengan bekas pengacara program MeleTOP itu sejak akhir tahun lalu.

“Pihak kami boleh sahkan yang kami tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa,” tulisnya.

Ia susulan selepas seorang netizen memuat naik ciapan di Twitter berhubung sekiranya Neelofa merupakan artis Korea Selatan, semua jenama yang diwakilinya selaku duta akan ditamatkan serta-merta.

Ciapan pengguna Twitter yang mendesak pihak Swarovksi menamatkan kontrak bersama Neelofa

Isu itu dibangkitkan oleh warganet yang mendesak jenama terkenal itu melucutkan kontraknya bersama Neelofa yang dikatakan telah mencalarkan imej dan kredibiliti Swarovksi selepas dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, Neelofa dan suaminya, PU Riz,26, serta keluarga telah dikompaun sebanyak RM60,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika penganjuran majlis perkahwinannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This