Neelofa terima Anugerah Wanita Inspirasi The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa diberi penghormatan apabila dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Wanita Inspirasi sempena acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival. 

Pengiktirafan berprestij ini diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam dunia keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.

Neelofa  atau Noor Neelofa Mohd Noor,36, yang dikenali bukan sahaja sebagai selebriti tetapi juga sebagai tokoh perniagaan berjaya, menerima anugerah itu atas kejayaan luar biasanya dalam bidang perniagaan fesyen patuh syariah, serta advokasi mengenai kepentingan keseimbangan antara kejayaan profesional dan nilai keislaman.

Neelofa yang juga Pengasas Nunha berkata, penghargaan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu simbol kekuatan, keazaman, dan peranan besar yang dimainkan oleh wanita dalam dunia hari ini.

“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.

“Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik,” katanya kepada URTV.

Menurutnya, anugerah itu dedikasikan kepada semua wanita yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal lelah, dan terus berpegang teguh pada prinsip serta keimanan mereka. 

“Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.

“Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua,” ujarnya.

Neelofa sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah atas kejayaan dalam bidang keusahawanan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen serta media sosial. 

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan serta sering berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.

Penganugerahan ini sekali lagi membuktikan bahawa Neelofa bukan sekadar ikon hiburan tetapi juga seorang wanita yang memberi impak besar dalam masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This