PKP 5 daerah di Kedah, PKPD beberapa lokasi Sabah & Sarawak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN kes aktif COVID-19 di lima daerah di Kedah telah menyaksikan kesemua kawasan itu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penguatkuasaan PKP mulai esok (1 Mei) sehingga 14 Mei itu melibatkan daerah Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim di Kedah.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 709 kes aktif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari sehingga semalam di kelima-lima daerah berkenaan.

Jelas beliau, ia selepas berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah tersebut seperti dinyatakan berkuat kuasa 1 Mei sehingga 14 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKP ini bertujuan untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19 daripada kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPB seluruh Raub, PKPD satu lokaliti di Pahang, Sarawak

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beberapa lokaliti di Sabah dan Sarawak juga selama dua minggu sehingga 14 Mei depan.

Kata Ismail Sabri, lokaliti yang akan dikuatkuasakan PKPD di Sabah adalah di Kampung Skim Cocos, Kunak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak manakala Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching merupakan lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak.

Di Kampung Skim Cocos, beliau berkata sehingga kini KKM telah melakukan 186 ujian saringan dengan lapan daripadanya disahkan positif COVID-19.

Situasi di SMK Madai pula, kata Ismail Sabri, buat masa ini KKM telah merekodkan 18 kes positif COVID-19 hasil daripada keseluruhan 185 ujian saringan dilakukan ke atas penghuni sekolah dan penduduk di lokaliti berkenaan.

“KKM mengesahkan berlaku kenaikan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes COVID-19 selain menyekat penularan jangkitan daripada kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut,” jelas beliau.

Mengulas mengenai PKPD di Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching, Ismail Sabri memaklumkan KKM telah merekodkan 17 kes positif COVID-19 sehingga kini hasil daripada keseluruhan 148 ujian saringan.

Katanya, kenaikan kes secara mendadak juga dilaporkan KKM di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching berkuat kuasa 1 Mei sehingga 14 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini akan memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kampung terlibat serta keluar daripada kampung tersebut,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This