“Jadi anak yatim lebih baik daripada ada ayah…” – Bapa jangan lepas tanggungjawab, nafkah anak wajib!

0
32

Selagi bernasabkan nama si bapa, selagi itulah wajib di bapa menunaikan tanggungjawab memberi kehidupan kepada anak-anak.

Namun kadang kala dek kerana perpisahan, ada kalanya nafkah dilepaskan begitu sahaja kepada si ibu. Maka terkontang kantinglah si ibu ini membanting tulang demi memastikan anak-anak ada tempat tinggal, makan dan pendidikan sewajarnya.

Kata-kata yang dikongsikan Firdaus Shakirin ini cukup menusuk kalbu. Bergelar anak yatim lebih beruntung daripada punya bapa yang tidak bertanggungjawab, sekurang-kurangnya anak yatim mendapat bantuan daripada pelbagai pihak.

“Jadi anak yatim lebih baik daripada ada ayah yg tak bertanggungjawab…anak yatim ni dpt jugak bantuan daripada pelbagai pihak”

Deep plak kata-kata ni…

Dari anak tu baby smpai dah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, si ayah tak pernah nak ambik tahu…si ibu besarkan anak sorang2 dgn kudrat yg dia ada, titik peluh dia…bila anak dah besar, si ayah dtg claim,

“Itu anak dia…”

Ya, itu memg anak dia…tapi apa yg dia dah buat utk anak dia sepanjang anak dia membesar? Dia ada ke tidak utk anak dia sepanjang tempoh tu? Dia tahu anak dia mula berjalan umur brapa? Dia tahu anak dia dpt no brapa dlm kelas? Dia tahu anak dia sambung belajar mana?

Time anak nak skolah, baju sekolah anak2 pun dia xbeli, yuran sekolah pun dia x bayar…time anak nak raya, baju raya anak2 pun dia xbeli, duit raya anak2 pun dia xbagi…

Yg setiap bulan ni, xpyh cakap la…makan minum tempat tinggal semua sepenuhnya atas si ibu…

Ini hakikat yg terpaksa si ibu lalui bila berpisah dan si ayah itu tak bertanggungjawab terhadap anak-anaknya…mentaliti org Melayu kita, sapa yg jaga, dia la yg tanggung…waris belah si ayah pun xde sorang yg berminat nak ambik tahu ttg cucu dan anak sedara mereka…

Sampai bila kita nk hadap situasi mcm ni? Smpai bila baru kita faham yg hubungan si ayah dan anak tu xkan putus smpai bila2 dan si ayah masih perlu bertanggungjawab utk anak-anaknya walaupun dah berpisah dgn isteri?

Benda yg melibatkan tanggungjawab ni, jgn dibuat main sbb benda ni kita tanggung didunia, jwb diakhirat…benda wajib…

Nak kawin baru ka, nk ada kehidupan lain ka, kita sebagai ayah ni xde bekas anak2…selagi anak tu dinasabkan kpd nama kita, ber-bin dan ber-binti-kan kita, walaupun kita dah menceraikan isteri ketika anak tu belum lahir lagi ke dunia, kita tetap perlu bertanggungjawab ke atas diri anak tersebut…

Culas didunia, didunia boleh la terlepas…tapi akhirat nnt, pasti kena, tetap akan kena…si ayah, org tua si ayah, adik beradik si ayah.”

Sumber : Firdaus Shakirin