Bihun sup utara, resipi paling mudah dan tak renyah nak buat

Dari Penulis

Resipi bihun sup utara yang dikongsikan Cik Puan Sarah ini cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara untuk memasaknya juga ringkas dan cepat.

Bahan :

Bihun (rendam)
Daging / tulang (bersihkan/tos)
Cili padi
Bawang putih
4 sekawan – (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
Halia (ketuk)
Sup bunyut / sup tulang
Cili kering
Kicap
Gula
Garam

Bahan :

Panaskan minyak.
Tumis 4 sekawan dan halia sampai wangi.
Tumis sup bunyut
Masukkan air.
Rebus tulang atau daging sampai lembut.
Cara buat sambal hitam. Kisar bawang putih, gula, garam, kicap, air sedikit, cuka dan cili padi. (saya tak buang tangkai, petua supaya tak bagi sakit perut. kisar sekali dengan tangkai.
Cara buat sambal merah. Ambil cili kering dan bancuh dengan air. (Jika rajin rebus cili kering dan kisar)
Masak sampai pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula.
Perasakan sup tadi dengan garam dan secukup rasa sikit. Tus daging yang sudah lembut.
Hiris nipis.
Rebus bihun supaya cepat lembut. Letakkan sedikit kunyit, barulah bihun sup utara.
Akhir sekali tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Siap.
Bahan hiasan :
Daging
Lobak masin
Daun bawang / daun sup
Bawang goreng

Sumber : Cik Puan Sarah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This