Boleh cecah 5,000 kes sehari lepas Aidilfitri jika abai SOP –Ismail Sabri

Dari Penulis


KEGAGALAN orang ramai mematuhi SOP boleh menyebabkan kes baru mencecah 5,000 sehari selepas sambutan Aidilfitri minggu depan, tegas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kemungkinan itu diperolehi ketika mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan.

‘’Kalau kita gagal membendung lonjakan itu, jumlah kes harian malah boleh meningkat kepada 10,000 kes.Ini akan meletakkan kita sama dengan keadaan di India sekarang. Kita tidak mahu lihat orang meninggal dunia bergelimpangan seperti mana berlaku di India

”Sebab itulah, intervenes perlu dilakukan dengan segera dan saya harap rakyat faham tindakan dilakukan untuk melindungi nyawa mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia di Sungei Besi , di Kuala Lumpur semalam.

Ismail berkata, kerajaan bukanlah mahu menyusahkan rakyat apabila melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan daerah berikutan peningkatan kes Covid-19.

‘’Tetapi kerajaan tidak ada pilihan bagi menjaga rakyat dan kita mahu mengelakkan tragedi seperti mana di India. Saya harap rakyat akan faham. Saya tahu mereka marah tetapi kita mahu selamatkan nyawa,’’ katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu menjadi kerajaan tidak bertanggungjawab jika keadaan itu berlaku dan atas seba sayangkan rakyat, PKP merupakan jalan terbaik.

*Polis buka 12 kertas siasatan berita palsu Covid

Sementara itu, polis membuka 12 kertas siasatan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 berhubung penularan berita tidak benar mengenai Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed dipetik Bernama berkata, terkini satu kertas siasatan dibuka terhadap kenyataan Facebook oleh seorang lelaki mendakwa pesawat penerbangan MH191 dari New Delhi, India dikatakan membawa masuk penumpang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, kenyataan itu tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan orang ramai berhubung langkah diambil kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Selain itu, katanya polis turut menyiasat seorang lagi pemilik akaun Facebook lelaki mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat hantaran yang mengandungi kenyataan jelik serta mengaibkan kerajaan.

“Kedua-dua hantaran itu dibuat selepas kerajaan mengeluarkan arahan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April lalu yang melaksanakan sekatan sementara penerbangan penumpang keluar dan masuk dari India bagi mencegah kemasukan varian baharu Covid-19 dari negara berkenaan,” katanya.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) yang diwartakan pada 11 Mac lalu adalah khusus untuk mengekang aktiviti penghasilan dan penularan berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan wabak Covid-19 atau Proklamasi Darurat 2021.

Undang-undang itu sekali gus memberi kuasa kepada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menangkap tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiar serta menyebarkan berita tidak benar khususnya di media sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This