Saudia Airlines keluar garis panduan perjalanan 38 negara termasuk Malaysia

Dari Penulis

SYARIKAT penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) mengeluarkan garis panduan dan keperluan bagi 38 buah negara di seluruh dunia berikutan pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri untuk menarik balik penggantungan perjalanan antarabangsa bermula pukul 1 pagi Isnin 17 Mei ini bagi kumpulan-kumpulan tertentu.

Mengikut garis panduan yang dimuatnaik pada laman web kementerian itu, syarikat penerbangan terbabit berkata, penumpang perlu memeriksa kelayakan mereka untuk melakukan perjalanan oleh negara terlibat selain perlu mendapatkan permit dan kebenaran jika diperlukan.

Memetik Saudi Gazette, Saudia memaklumkan, keperluan dan garis panduan adalah tertakluk kepada kemaskini tanpa sebarang notis.

Penumpang juga perlu memeriksa maklumat terkini tentang keperluan dan garis panduan diperlukan untuk perjalanan daripada pegawai dan sumber pihak berkuasa sebelum membuat perjalanan.

Kata syarikat itu, penumpang perlu mendapatkan sijil pemeriksaan perubatan PCR daripada pusat pemeriksaan yang diiktiraf Arab Saudi.

Negara-negara yang termasuk dalam senarai 38 negara ialah, Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Kuwait, India, Indonesia, Pakistan, Filipina, Malaysia, Magribi, Sepanyol, Iraq, Ethiopia, Maldives, China dan Switzerland.

Selain itu, Perancis, United Kingdom, Itali, Austria, Bangladesh, Greece, Jordan, Kenya, Turki, Jerman, Bahrain, Lebanon,  Belanda, Qatar, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Nigeria, Tunisia, Oman dan Mauritius.

Menurut kenyataan terbaharu Kementerian Dalam Negeri, terdapat tiga kategori bagi orang awam dibenarkan untuk mendapat keisitimewaan daripada keputusan menarik balik penggantungan perjalanan ke luar negara.

Mereka ialah orang awam yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 atau mereka melebihi tempoh 14 hari selepas mendapatkan dos pertama vaksin sebagaimana disahkan oleh aplikasi Tawakkalna.

Yang kedua adalah orang awam pulih daripada jangkitan coronavirus dan terakhir adalah mereka berusia di bawah umur 18 tahun yang telah menyerahkan sebelum perjalanan polisi insurans yang diluluskan oleh Saudi Central Bank.

Mereka perlu menjalani kuarantin rumah tujuh Hari selepas kembali semula ke negara ini dan ujian PCR akan dibuat pada hari terakhir kuarantin manakala kanak-kanak di bawah umur lapan tahun dikecualikan daripada ujian PCR.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This