SEBELUM ini kecoh dengan berita pendedahan selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang mengaku dirinya kini sedang hamil selepas alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif.
Walau bagaimanapun, pengakuannya itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang meskipun dia mendakwa mengalami simptom wanita mengandung seperti muntah-muntah dan lewat datang bulan.
Penyanyi transgender itu pernah berduet dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu Bobo Di Mana, tiga tahun lalu.
Perkongsian Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah itu turut menarik perhatian seorang doktor yang dikenali sebagai Arifandi Sanjaya yang menjelaskan bahawa alat ujian kehamilan berkenaan boleh menunjukkan keputusan positif hormon dalam badan wanita dan lelaki.
“Selamat atas kehamilannya. Sebenarya ujian pek positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG.
“Di mana hormon Beta-HCG juga boleh terbentuk pada lelaki menerusi beberapa penyakit-penyakit tertentu…salah satunya adalah kanser testis.
“Kepada lelaki yang mahu membuat ujian kehamilan dan keputusannya positif, perlu berhati-hati,” katanya.
Terdahulu, Lucinta mengakui sedang mengandung dan memaklumkan kekasihnya yang juga seorang lelaki ‘mat saleh’ adalah bapa kepada anak yang dikandung.
Pun begitu, pendedahan berani matinya itu ditempelak ramai pelayar laman sosial dan menganggap ia tidak masuk akal

